10 Tips Menulis Blog Yang Baik Untuk Pemula

Ramai yang berminat menulis blog, tapi berapa ramai yang tahu Cara Menulis Blog Yang Baik? Alhamdulillah, Di bawah ni ada sedikit tips menulis blog yang saya selongkar dari dunia maya dan saya kongsikan semula untuk anda. Mungkin sahaja tips blogging ni nampak mudah, tapi amat berguna, lebih-lebih untuk blogger pemula.

10 Tips Menulis Blog Yang Baik Untuk Pemula

cara menulis blog yang baik

1. Tetapkan Matlamat

Selepas tahu sebab untuk menulis blog, seseorang blogger mesti tetapkan matlamat yang hendak dicapai dengan blog. Blog yang jelas matlamatnya mempunyai peluang yang lebih besar untuk berjaya.

Tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, sama ada dalam enam bulan, satu tahun dan tiga tahun. (Terpulang anda). Kemudian baru lah mereka bentuk, menulis dan memasarkan blog untuk memenuhi matlamat tersebut.

2. Kenali Pembaca

Reka bentuk blog dan kandungan mengikut selera pembaca. Contohnya jika pembacanya adalah remaja, jangan reka bentuk dan kandungan macam blog macam blog untuk profesional atau korporat. Kebiasaannya pembaca akan mengharapkan sesuatu, jadi jangan buat mereka hampa. Penuhi harapan tersebut melebihi jangkaan mereka! Pujuk mereka secara halus untuk jadi pembaca setia. Mereka adalah nadi anda untuk terus berkongsi.

3. Konsisten

Blog adalah jenama. Sama seperti jenama popular seperti Samsung atau Iphone, blog juga perlu ada imej kepada pembaca. Reka bentuk blog dan kandungan mestilah konsisten dan menggambarΒ  mesej yang dibawa. Inilah yang menarik perhatian pembaca untuk datang lagi dan lagi.

4.Β  Sentiasa Kemaskini

Blog yang baik ialah blog yang selalu dikemaskini. Inilah yang membezakan blog dengan laman web statik. Walau bagaimanapun, jangan sampai terbitkan kandungan yang tidak berguna. Ingat, cara terbaik untuk menarik pembaca setia ialah dengan selalu berkongsikan sesuatu yang baru(dan bermakna) untuk mereka baca.

5. Wujudkan Interaksi.

Salah satu aspek yang paling unik dalam menulis blog ialah kesan sosial. Sentiasa lah mengalu-alukan pembaca dan menjemput mereka menyertai perbualan dua hala. Minta pembaca tinggalkan komen dan respon komen mereka. Buat pembaca rasa dihargai dengan tonjolkan penglibatan mereka.

Selalu tinggalkan komen pada blog akan menjemput pembaca baru untuk melawat.

6. Tonjolkan diri

Kebanyakan kejayaan blog bergantung kepada usaha di luar blog. Usahakan untuk mencari blogger yang berkongsi fikiran yang sama dan ulas blog mereka, libatkan diri dalam laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dll. Promosikan blog secara berterusan dan kongsikan sesuatu yang bermakna untuk para pembaca.

7. Ambil Risiko

Jangan takut untuk mengambil risiko dan mencuba sesuatu yang baru. Tambahkan plug-in baru sertakan pastikan blog sentiasa segar dengan perubahan. Kaji setiap peningkatan potensi yang boleh membantu mencapai matlamat menulis blog. Jangan lupa respon pembaca terhadap perubahan-perubahan tersebut juga perlu diambil kira.

8. Dapatkan Bantuan

Tidak ada sesiapa yang tahu segala-galanya dan majoriti blogger tahu perkara ini. Cari penulis blog yang paling mudah didekati dan bersedia membantu. Jangan malu untuk mendekati rakan-rakan blogger bagi bantuan. Kejayaan blogosphere bergantung pada rangkaian, dan kebanyakan bloggers sentiasa bersedia untuk mengembangkan rangkaian mereka tanpa mengira sama ada anda seorang blogger berpengalaman atau pemula.

9. Teruskan Belajar

Hampir setiap hari ada sahaja alat baru yang diterbitkan untuk blog. Internet berubah dengan cepat, dan blogosphere pun sama. Ambil masa untuk menyelidik alat dan ciri-ciri baru tersebut. Manalah tahu tanpa disangka-sangka mungkin akan ada alat baru boleh menjadikan kerja-kerja blogging menjadi lebih mudah sekaligus meningkatkan pengalaman pembaca.

10. Jadilah Diri Sendiri

Terapkan personaliti ke dalam blog. Pembaca setia membaca blog bukan untuk mendapatkan berita. Sebaliknya, mereka membaca blog untuk mendapatkan pendapat blogger mengenai berita, dunia, kehidupan dan macam-macam hal yang berlegar disekitar mereka. Menulislah sepertiΒ  sedang berbual dengan setiap pembaca.

Tips menulis blog yg paling penting?

Tulis blog kenalah ada jiwa! Hehe…

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb

42 thoughts on “10 Tips Menulis Blog Yang Baik Untuk Pemula”

  1. Saya ni pun kira blogger baru.. biarpun dah lama.. sal dah lama tak beraksi.. ni baru nak cilok balik.. hehe.. tips ni memang kena amek perhatian.. hehe

  2. Paling penting kena ada jiwa.
    So orang akan sentiasa datang ke blog kita untuk baca.
    Ada sesuatu boleh dikongsi melalui artikel.
    Dan orang lain akan dapat kebaikannya.

  3. Banyak sangat henda difikirkan sebelum menulis sesuatu yang bukan digemari saya. Tulislah apa yang dirasakan manfaat atau ingin dikongsikan selagi ia tidak melanggar norma-norma dan batas-batas.

  4. setuju menulis blog juga perlu ada jiwa. nanti kongsi2 lah ngan kami bagaimana pula nak menulis dengan penuh jiwa ye. hehe

  5. 10 tips yang ringkas dan padat. Menulis dengan jiwa dapat membezakan antara seorang penulis dengan penulis yang lain. Kadang-kadang tu, kita cerita perkara yang sama, namun bila menulis dengan jiwa, nampak disitu perbezaannya

  6. Pingback: 5 Rahsia Menulis Blog Dengan Jiwa - Suhimi Nain

Comments are closed.