Tips Memilih Domain Terbaik Untuk Bisnes Anda

1. Mudah Taip
Pilih nama yang mudah untuk ditulis, pastikan sebutan menggambar tulisan supaya pelanggan tak keliru untuk menulisnya. Contohnya perkataan Express ditulis dengan Xpress, ini membuatkan pelanggan adakalanya tertanya-tanya.

“Mana satu blog dia ni?”

2. Pastikan Ianya Pendek
Jangan gunakan domain yang panjang. Semakin panjang domain, semakin besar pelanggan kemungkinan pelanggan tersilap taip. Jadi cara terbaik ialah gunakan domain yang pendek sahaja.

Kan comel tu?

3. Gunakan Kata Kunci
Masukkan kata kunci yang menggambarkan bisnes atau servis yang anda tawarkan. Contohnya, anda agen penapis air cuckoo, maka masukan “cuckoo” di dalam domain anda. seperti AzliCuckoo.Com, AmranCuckoo.Com dll. Kalau boleh pastikan kata kunci tersebut memiliki permintaan di enjin carian.

4. Tetapkan sasaran anda
Sekiranya bisnes anda terhad kepada satu tempat seperti bandar, daerah atau negeri tertentu.. boleh lah masukan sekali nama tempat tersebut. contohnya cuckooputrajaya.com / onexoxbangi.com dan sebagainya.

5. Elakkan Nombor atau simbol
Penggunaan nombor atau simbol juga boleh membuatkan pelanggan salah faham. Saya sendiri pun kadang-kadang keliru apabila sebahagian orang meletakkan nombor pada domain mereka.

“Hah! domain aku simpang empat dot com.”

“nak tulis huruf atau nombor ni?” Sambil menggaru kepala.

Adakah ianya simpangempat.com atau simpang4.com ?

travelsabah.com atau travel-sabah.com ?

Melainkan angka tersebut betul-betul perlu pada domain anda, itu pula lain cerita. Dalam kes sebgini saya cadangkan lebih baik anda dapatkan kedua-dua kemudian gunakan park domain.

6. Senang Hafal
Di luar sana ada jutaan domain yang telah didaftarkan dan didaftarkan setiap hari, jadi pilih la domain yang menarik dan mudah dihafal. Sebaik sahaja anda mendaftarkan nama domain anda, kongsikan dengan rakan-rakan. Biarlah bunyinya mudah melekat dalam fikiran.

7. Semak
Pastikan nama domain anda bukanlah suatu jenama ataupun tanda dagang yang telah didaftar atau digunakan oleh suatu entiti. Silap hari bulan anda boleh diambil tindakan undang-undang dan rugi.

Semak juga sekiranya domain anda memiliki ‘nilai’ yang sepatutnya.

Sebahagian domain harganya ada yang mencecah ribuan, puluhan dan ratusan ribu ringgit.

Tak percaya ? cuba cari buatduitonline.com di GoDaddy.com. 🙂

8. Gunalah domain name extension [.com dll] yang sesuai.
Domain terdiri daripada prefix dan juga suffix. suffix yang biasa kita dengar ialah .com, .net, .biz dan .info. setiap suffix ini memiliki maksud dan kegunaan yang tersendiri, jadi pastikan anda memilik suffix yang berkaitan dengan bisnes anda.

.com ialah suffix yang paling popular disebabkan ianya lebih mudah diingat dan terlalu sebati dengan ‘laman web’.

Berikut antara maksud dan kegunaan suatu domain.

  • .co : singkatan kepada company, commerce dan community.
  • .info : laman informasi
  • .net : laman berkaitan teknikal dan infrastruktur internet dan rangkaian.
  • .org : laman ngo atau organisasi.
  • .biz : laman bisnes dan kegunaan komersil seperti kedai online.sites.
  • .me : laman blogs, resumes atau laman peribadi.

9. Lindungi Jenama Anda
Bagi melindungi jenama anda, adakalanya ada perlu membeli lebih dari satu extension. sebagai contoh mudah.my dan mudah.com.my, facebook.com dan fb.com. Ini bagi mengelakkan pesaing membeli domain tersebut dan berkemungkinan ‘copy & paste’ konsep bisnes yang anda laksanakan.

10. Bertindak Segera
Sekiranya anda berminat dan memerlukan sesuatu domain, bertindak segera. Bila-bila masa sahaja ia boleh disambar oleh pesaing anda, sama ada untuk mengatasi anda atau mungkin juga menjualnya kepada anda semula dengan harga yang tinggi.

Jadi, tunggu apa lagi? 🙂

Rujukan :

 

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb