5 Rahsia Menulis Blog Dengan Jiwa

Semalam sewaktu blogwalking, saya ada terbaca entry seorang sahabat blogger berpengalaman, Bro Fairiz atau dahulunya dikenali dengan blogger reezluv.com. Beliau menyata sedikit kecewaannya tentang berkurangnya jumlah blogger yang menulis blog dengan jiwa.

“Walaupun ada blogger-blogger yang masih lagi aktif menulis, tetapi tak ramai yang mengekalkan jiwa dalam blognya. Tak payah tengok blog orang lain, cuba tengok sendiri blog sendiri..lihat sahaja di ruangan Sitemap ataupun ruangan Archive blog sendiri. Bilakah kekerapan blog tersebut diupdate dan juga apakah tajuk-tajuk entri yang mendapat banyak komen daripada pembaca -pembaca, tak kira la sama ada entri itu advertorial ataupun tidak.” – Mohd Fairiz, Blog ke Majalah Online?

Walaupun yang dimaksud oleh beliau ialah blogger yang lama-lama. Tapi, bagi saya ada betulnya apa yang beliau sebutkan, hari ni berapa ramai antara kita yang dah menulis blog dengan jiwa? Ada yang berani angkat tangan?

Berapa ramai yang mampu update blog secara konsisten? (Terus terang saya tak mampu. Huhu)

Berapa ramai yang mampu menulis pengalaman dan bukannya berita?

Berapa ramai yang betul-betul menulis rasa dan bukannya sekadar kombinasi teks dan gambar saja?

Cuba tanya diri masing-masing!

Kadang-kadang ada yang secara luarannya kandungan blog nampak menarik, gambar cantik, tapi ada suatu yang tercarik.

Menulis Blog Dengan Jiwa Membezakan Kita

Mungkin ramai yang tak ambil kesah, menulis blog dengan jiwa inilah yang sebenarnya menjadikan kita berbeza. Kata seorang kawan kita, blogger Sabree Hussin.

“Menulis dengan jiwa dapat membezakan antara seorang penulis dengan penulis yang lain. Kadang-kadang tu, kita cerita perkara yang sama, namun bila menulis dengan jiwa, nampak disitu perbezaannya” – Sabree Hussin, 17 September 2015

5 Rahsia Menulis Blog Dengan Jiwa

Jadi, entry kali ni boleh la kira sebagai satu entry muhasabah. Setelah lama saya tak menulis begini. Hehe.. Sejujurnya, saya rasa blog saya pun dah mulai rasa kelompongan tu. Sebab tu saya buat keputusan untuk review sejauh mana penulisan saya setakat ni, betul kah kita dah cukup menulis blog dengan jiwa kita? Atau hanya !@#$%^&*() (Haha..)

rahsia menulis blog dengan jiwa
Sumber Imej pixabay.com

1. Menulis Apa Yang Diketahui.

Blogger yang menulis blog dengan jiwa, ialah orang yang menulis apa diketahuinya. Bukan tak tahu tapi buat-buat tahu. (hhhmmm)

Blogger yang menulis dengan jiwa juga ialah blogger yang buat kajian tentang apa yang hendak dikongsikan. Dengan harapan dengan kajian tu akan datang kefahaman. Seterusnya dapat diadun dengan baik, bukan hanya ada susunan teks, ada gambar, tapi hilang sense!

2. Menulis Apa YangΒ  Disukai.Β 

Bila kita buat perkara yang kita suka, kita akan gembira. Bila gembira, kita akan ‘excited’! Walaupun hanya nak cerita perkara yang mungkin nampak simple. Secara automatic waktu menulis tuΒ  jiwa kita akan ikut serta. Kita akan usaha macam mana nak bagi orang faham apa yang kita tulis. Walaupun adakalanya kita terpaksa bersengkang mata.

Sebagai contoh…

Kita suka memasak, adakah kita dah tulis tentang memasak?

Kita suka bisnes, berapa banyak entry yang kita tulis berkaitan bisnes?

Kita suka menonton bola, berapa kali kita cerita pasal team bola kegemaran kita dalam blog kita?

Kita suka travel, sudahkah kita tulis kisah travel tu di dalam blog kita?

Panjat gunung ka, candat sotong ka. Tak kesah. πŸ™‚

3. Menulis Apa Yang Dialami

Menulis sesuatu yang pernah pernah dilalui dan dirasai. Itulah namanya pengalaman. Berapa banyak artikel yang kita tulis ialah hasil pengalaman kita sendiri? Ditulis dengan memasukan sekali unsur emosi. Rasa sedih, gembira, marah,teruja, keliru dan sebagainya. Tak cukup sekadar

“apa? bila? bagaimana? siapa? kenapa?” Tu dah macam menulis berita!

Bezanya menulis berita dengan pengalaman ialah penulisan kita akan diwarnai oleh seribu satu rasa. Bait-bait kata yang kita pilih,Β  ungkapan yang kita kongsi akan lebih dekat di hati. Tak hairan la, dalam sesetengah blog ada pembaca yang menitiskan air mata. (itu bukan blog aku. hehe…) Tak kurang juga bila dibaca, akan membuatkan pembaca tersenyum sendirian, ketawa sendirian dan ter’excited’ sendirian.

“Wei, Gila kah?!” Sapa orang sebelah. πŸ˜›

4. Menulis Dengan Nada Bercakap

Blog yang ditulis dengan nada seolah sedang bercakap dengan pembacanya. Blog yang ditulis seolah-olah pembaca duduk di sebelah. Mendengar apa yang diperkatakan!

Penulisan begini lah selalu membuatkan pembaca jatuh hati. Membaca pun seronok! Adakalnya sampai tak sabar tunggu…

“Bila lagi nak update blog ni??” Hehe…

5. Menulis Dengan Hati

Bukan sekadar menulis untuk enjin carianGoogle, Yahoo, Bing dll, tapi menulislah juga untuk yang confirm ada perasaan. Β Manusia. Maklumlah, adakalanya sebab terlalu ghairah nak pratis SEO ni sampai terabai ‘nilai kemanusiaan’ ni. (Terutama akulah, yang menulis ni).

Menulis syok sendiri sampai tak ingat dunia!

Berjam-jam menulis semata-mata nak penuhi keperluan SEO! (Haha…)

Akhir sekali,

Sedar atau tak, sebenarnya nilai ‘jiwa’ inilah yang membuatkan kita berbeza dan datang lagi membaca blog kita. Bila kita menulis blog dengan jiwa kita, pembaca akan rasa dekat dengan kita. Kita pun seronok nak update selalu! Bukan macam aku, sebulan sekali baru nampak muka! Haha…

Oklah,

Itu saja untuk kali, Terima Kasih sebab sudi baca. Kalau ada kurang, anda tambah la ya? Jangan malu-malu. Jangan kedekut dengan imu di dada! :p

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb

21 thoughts on “5 Rahsia Menulis Blog Dengan Jiwa”

  1. saya menulis ikut gerak rasa juga..

    ada masa macam best je..

    ada masanya hasil tulisan tu macam menyampah pun ada..

    selamat berblogging bro dan bro antara blogger yang mempunyai kemampuan menulis denga amat baik..#kipidap.

    1. “rasa menyampah”? Hehe…

      samalah kita, kadang-kadang dah tulis dah satu pages. Lepas tu delete, kalau tak delete, letak dalam draft berbulan-bulan. hehe.. Penjiwaan nda sampai la tu.

      Terima kasih bro. Bro pun apa kurangnya, rasanya bro lebih konsisten dalam menulis berbanding saya. πŸ™‚

  2. biasanya menulis tanpa pentingkan SEO ni penulisan ada jiwa

    tapi kalau dua-dua elemen tu dpt digabungkan… memang superb

  3. kekerapan pada awalnya mungkin relevan sebab nak bagi orang kenal kita kalau kita baru. Entri yang best biasanya tentang blogger itu sendiri, bukan kisah-kisah pelik kat dunia ni. kalau blogger lama yang dah ada nama, biasanya depa update 3 bulan sekali, itupun kalau depa nak..biasanya laju update kalau pegi event..itu dah kira mcm wartawan majalah online le..itu yg aku selalu baca kat majalah..eeheh πŸ˜€

    uniknya blog ni sebab penceritaan tu daripada penulis dengan gaya dan jiwanya yang tersendiri, macam ko tulis ni la kan..gaya menulis tu macam kita bercakap..dan juga ada penyataan untuk pembaca respon..contohnya kalau dia dah abis cerita, penulis tu bertanya…apa pula pengalaman yang pernah dialami..contohnya dapat naik bas canggih di Jepun…bukan semua pernah naik πŸ˜€

    1. tak tahun pula pasal update 3 bulan sekali. info baru ni. hehe.. banyak sangat blog kot. πŸ™‚

      kalau blogger kami ni praktik macam tu, tak lama la. tahun depan confirm tak renew domain dan hosting dah. haha… hilang dr radar.

  4. Bukan senang nak menulis kalo ikut jiwa ni. Ikut mood kadang ada nak tulis kadang nak tulis tu kelaut sampaila berminggu2x tak menulis. Tapi menulis ikut jiwa better dari ayat cam ‘robot’ ayat berita, haha

    Lagi banyak pengalaman lagi banyak post dalam blog. πŸ˜€

  5. Penulisan yang ada jiwa memang nak kena ada. Kalau tak post yang dibuat sekadarnya. Saya sendiri ada pernah buat satu post yang ada jiwa dan sampai sekarang masih dalam carian. Komen plak sampai beratus yang bertanya pasal teknikal komputer sampai terlintas nak kena buat video tutorial bagi orang paham. Tapi sampai sekarang tak buat. huhuhu…

  6. Pingback: Monolog 1 | Alimie.

Comments are closed.