Menukar Themes WordPress Agar Tampil Lebih Cantik

Themes ialah sebahagian daripada sistem wordpress yang membenarkan pengguna mengubah reka bentuk blog agar tampil lebih cantik, kemas dan sesuai dengan tema laman blog masing-masing. Ada ribuan themes yang sedia untuk dimuatturun sama ada secara berbayar mahupun percuma. Antara sumber percuma ialah seperti WordPress repository.

Cara menukar themes wordpress agar tampil lebih cantik.

1. Login dashboard wordpress di namadomain.com/wp-login.php dan pergi ke menu berikut :

appereance > themes.

Di sini anda akan dapat melihat themes sedia ada yang disertakan dengan setiap pemasangan wordpress.

2. Klik add new untuk menambah themes anda sendiri.

3. Gunakan ruang upload theme sekiranya anda mahu memuat naik themes daripada komputer anda, manakala search themes untuk membuat carian themes percuma yang tersedia di dalam wordpress repository.

4.  buat carian menggunakan Search Themes dan klik Install. Kali ini saya menggunakan astra themes.

5. Butang install akan bertukar kepada activate sebaik sahaja pemasangan berjaya. Boleh aktifkan terus dengan klik activate atau klik Live Preview untuk mencuba terlebih dahulu.

6. Astra Themes yang dipaparkan secara Live Preview. Terdapat ruangan customizer di bahagian kiri untuk membolehkan anda  mengubah ciri-ciri tertentu pada themes secara real times. Setelah berpuas hati barulah klik Activate & Publish dan blog wordpress anda akan berwajah baru.

7. Reka bentuk sebelum dan selepas menukar themes wordpress.

sebelum ini saya menggunakan Twenty Seventeen sebagaimana yang telah ditetapkan oleh WordPress.

selepas menukar themes kepada astra themes.

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb