Menerbitkan Catatan Pertama

Themes yang cantik, fungsi yang menarik memang satu kelebihan. Tapi pengunjung tidak datang untuk menikmati hiasan sahaja. Mereka mahu membaca catatan anda. Catatan secara asasnya ada himpunan text, tetapi dalam wordpress pos bukan sahaja menyokong kandungan berbentuk teks, bahkan turut mendokong imej, video, audio, link dan sebagainya agar kelihatan lebih dinamik.

Langkah 1 : Login ke namadomain.com/wp-admin dan pergi ke menu Posts > Add News.

Langkah 2 : Terbitkan catatan.

a. Isikan tajuk catatan

b. Masukkan catatan yang hendak dimuat naik

c. Menyunting catatan anda mengikut format teks yang sesuai

d. Menambah imej dan media lain.

e. Publish!

Itu secara mudah. Jika anda lihat di sebelah kanan, ada beberapa options yang anda perlu ambil kira dalam menerbitkan catatan pertama anda. Berikut saya pecahkan beberapa options berkenaan agar jelas.

i. Format

Anda boleh mengubah format catatan mengikut jenis kandungan berdasarkan yang tersedia. Pun begitu ianya berkait rapat dengan themes yang anda gunakan untuk blog anda. Kebiasanya saya gunakan format standard sahaja.

ii. Categories

Tetapan ini memudahkan catatan diuruskan mengikut topik agar tidak bercampur aduk. Add New Category untuk menambah kategori sekiranya belum wujud, Most Used pula akan menyenaraikan kategori yang paling kerap digunakan. Ianya merupakan ciri wajib bagi sesebuah catatan.

Jika anda tidak memilih suatu catatan pada kategori tertentu, ianya akan ditetapkan pada uncategorized secara sendirinya.

iii. Tags

Tags berperanan untuk memberitahu bahawa suatu catatan itu berkait dengan catatan yang lain. Tags bukannya ciri wajib seperti category dan terpulang kepada anda untuk menggunakannya atau abaikan saja.
iv.Astra Settings

Tetapan ini ialah tetapan yang disertakan bersama astra themes. Ianya hanya muncul apabila anda menggunakan astra thems yang saya gunakan dalam panduan menukar themes wordpress agar tampil lebih cantik.

v. Feuatured Images

Featured Image digunakan untuk menggambarkan keseluruhan catatan anda dalam satu gambar. Selalunya featured images akan dipapar di atas sesebuah catatan. Bukan semua themes menyokong featured images, ada yang meletakkannya pada arkib, single post, salah satu sahaja ataupun tidak memaparkannya langsung pada frontend.

vi. Publish

Save Draft – menyimpan catatan tanpa diterbitkan.
Preview – melihat contoh catatan sekiranya diterbitkan bahagian frontend.
Status – mengembalikan post yang sudah diterbitkan menjadi draft.
Visibility – Mengawal akses catatan sama ada untuk public, password protected atau private.
Publish – mahu menerbitkan post pada kadar segera atau pada tarikh dan masa tertentu.

 

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb