Membuat & Menetapkan Menu

Menu di sini bukanlah merujuk kepada senarai makanan, tetapi menu di sini ialah himpunan pautan di antara satu pages ke satu pages yang lain. Menu di dalam sesebuah laman web bertujuan pengunjung untuk melayari laman blog anda dengan lebih teratur.

Menambahkan menu melalui WordPress Dashboard.

1. Untuk menambah menu melalui dashboard, klik Appereance > Menus dan klik Create new menu.

2. Namakan menu anda dan klik Create Menu.

3. Di sebelah kiri anda akan melihat kesemua pages, posts, custom links dan categories yang ada di dalam blog anda. Pilih item dari setiap sections yang anda mahu paparkan pada manu dan klik Add to menu.

4. Tetapkan lokasi paparan untuk menu yang anda klik save menu.

5. selain itu anda juga boleh menggunakan tab Manage Locations untuk menetukan posisi setiap menu yang anda, kemudian klik Save Changes untuk menyimpan tetapan.

6. Contoh menu telah siap dipaparkan di muka depan.

Menu ialah satu keperluan wajib bagi sesebuah blog. Dengan adanya menu, ianya akan meningkatkan pengalaman pengguna di dalam blog anda. Pun begitu bukan semua perkara perlu disumbatkan ke dalam menu, pilihlah yang benar-benar perlu sahaja, seperti home, about us, contact mengikut kesesuaian masing-masing.

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb