Memasang WordPress Menggunakan Softaculous

pemasangan wordpress boleh dilakukan 2 cara, cara manual iaitu melalui ftp. manakala cara kedua melalui software softaculous. softaculous ialah perisian digunakan pada web hosting untuk memasang script seperti wordpress, ghost dan banyak lagi. lazimnya tersedia pada hosting jenis linux.

berikut merupakan contoh hosting yang telah siap dibeli daripada myduniahosting.

untuk memulakan pemasangan, layari cpanel.namadomain.com ataupun namadomain.com/cpanel dan Login menggunakan id dan password yang diterima selepas pembelian domain & hosting.

1. klik perisian Softaculous Apps Installer.

2. Klik WordPress.

3. Klik Install Now.

4. Isikan maklumat yang dikehendaki. Bagaimanapun pastikan ruangan untuk In Direktory dikosongkan dan barulah klik Install.

nota :
– elakkan gunakan username admin untuk administrator.
– gunakan password yang terdiri dari nombor dan abjad, lebih baik jika disertakan dengan simbol.
– pastikan email untuk administrator betul, elakkan sebarag typo.

5. Biasanya pemasangan akan gagal dengan paparan seperti berikut. Pilih untuk overwrite file index.php dengan tandakan checkbox seperti di bawah dan klik install sekali lagi untuk teruskan.

6. Tunggu sehingga pemasangan selesai.

7. Pemasangan berjaya dan link untuk fronted dan backend akan dipaparkan.

muka depan WordPress yang telah berjaya dipasang pada domain dan hosting yang telah pun kita beli.

contoh ruangan dashboard atau backend untuk menguruskan blog wordpress kita.

Penutup

pemasangan wordpress sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. apatah lagi menggunakan software softaculous yang tersedia pada cpanel hosting. ianya boleh selesai dalam beberapa minit sahaja. Pun begitu ini hanyalah satu langkah kecil, ada banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan wordpress berfungsi dengan baik.

Akan datang saya banyak lagi tutorial bergambar yang akan saya kongsikan. antara cara-cara menukar themes agar kelihatan lebih cantik dan professional dan memasang plugin tertentu untuk meningkatkan keselamatan blog anda.

Jumpa lagi. 🙂

 

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb