Memasang Plugin Pada WordPress Melalui WordPress Dashboard

Fungsi wordpress self-hosted sebenarnya tidak jauh beza dengan platform lain seperti Blogger, Tumblr, dan platform lainnya. Cuma yang istimewanya pada wordpress self-hosted bukan sahaja kita bebas menukar themes malah mengembangkan fungsinya menggunakan plugins. Mudahnya plugin ialah sistem yang memudahkan kerja kita menambahkan ciri-ciri tertentu dalam platform wordpress tanpa perlu mahir aturcara php, html, javascript dan sebagainya.

Ada ribuan plugins free tersedia di wordpress repository.

Cara Memasang Plugin Melalui WordPress Dashboard

Langkah 1 : Login ke wordpress dashboard.

Layari http://namadomain.com/wp-admin dan pilih menu berikut :

Plugins > Add New

Gunakan ruangan upload plugin sekiranya anda mahu memasangkan plugin yang dimuat turun selain daripada sumber wordpress repository.

Langkah 2 : cari plugin yang diperlukan di wordpress repository

Anda boleh memilih plugin melalui senarai featured, popular, recomended dan favourite plugins atau gunakan search untuk membuat carian mudah. Carian boleh dilakukan berdasarkan kata kunci, penulis dan juga tag.

Klik Install Now untuk pemasangan dan Activate untuk mengaktifkan plugins yang telah dipasang.

Langkah 3 : menguruskan plugins

anda boleh menguruskan plugins yang telah dipasang melalui menu berikut :

plugins > installed plugins.

melalui ruangan installed plugina anda boleh mengaktifkan, menyahaktifkan, mengemaskini dan memadam plugins daripada platform wordpress anda. proses menguruskan plugin boleh dibuat secara bulk (pukal), iaitu lebih dari satu plugins dalm satu-satu masa atau sebaliknya.

Plugins sememang suatu yang istimewa bagi wordpress, plugins telah membuka ruang untuk wordpress mengembangkan fungsinya. hari ini wordpress berperanan bukan sahaja sebagai platform untuk blogging, bahkan lebih dari itu boleh dijadikan kedai online, platform affilites dan sebagainya. akan datang saya akan kongsikan senarai plugins yang perlu ada dalam setiap pemasangan wordpress,

 

 

 

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb