4 Langkah Memilih Platform Blog Yang Tepat

Kali ini saya akan kongsi pula cara untuk memilih platform platform blog yang tepat. Diluar sana ada banyak platform blog yang boleh anda gunakan. Antara platform yang terkenal ialah blogger.com dan juga wordpress (hosted). Bagi anda yang mahu berjinak-jinak dalam penulisan blog, boleh la ikut 4 langkah di bawah ni bagi untuk membuat pertimbangan.

4 Langkah Memilih Platform Blog Yang Tepat

platform blog

LANGKAH 1 : Tetapkan Matlamat Menulis Blog

Adakah anda menulis blog untuk suka-suka ataupun jangka panjang? sekiranya anda tak serius dalam menulis blog dan baru nak berkenalan dengan blogging? Adalah lebih baik korang bermula dengan platform percuma terlebih dahulu.

Usah terburu-buru untuk menggunakan blog premium, melainkan anda sudah pernah berblog sebelum ini dan bersedia untuk kerja-kerja blogging yang lebih serius. Saya pun dulu sama juga, saya migrate daripada blogspot ke wordpress (hosted) selepas membuat keputusan untuk serius dalam blogging.

LANGKAH 2 : Sediakan Bajet Pengurusan

Sekiranya anda tak menetapkan sebarang bajet bagi menampung kos blogging, Blogger.com ialah platform yang paling tepat. Anda tak perlukan sebarang kos, melainkan perlukan jaringan internet. Bahkan hanya dengan menggunakan akaun google korang boleh mendaftarkan seberapa banyak blog yang anda suka tanpa dikenakan cas, tak kira la korang daftarkan blog untuk hobi ataupun percubaan yang penting korang jangan pening sudah.

Sedangkan dengan menggunakan platform wordpress anda perlu sediakan bajet bagi menampung kos bagi sewa hosting dan domain, sama ada secara bulanan mahupun tahunan.

LANGKAH 3 :Β  Ketahui Keperluan Asas Blog

Sekiranya andaΒ  memerlukan blogging yang lebih advance wordpress ialah jawapan. WordPress memiliki kelebihan lain berbanding blogger.com, pengguna boleh mengoptimasikan penggunaaan themes dan plugins bagi pemasangan fungsi-fungsi yang lebih advance. WordPress boleh berubah bentuk kepada banyak jenis web yang dinamik, anda boleh pasangkan galeri, portfolio, contact form ciri-ciri yang blog mungkin anda perlukan.

Tapi jika sebaliknya, boleh la gunakan blogger.com sahaja. Tak perlu bazirkan duit untuk mendapatkan platform yang mahal-mahal sekiranya fungsi blogging yang anda perlukan hanya sekadar untuk menerbitkan post dan menggunakan widget-widget asas sahaja. Bayar hanya tahun pertama, tahun kedua suspended!

Nak nampak premium? Daftarkan saja custom domain anda di NetKL.Com, dengan harga RM38 bagi tahun pertama (3 kos pemasangan) dan RM35 untuk tahun seterusnya. Tak perlu pening kepala. Just buat pembelian, dan berikan maklumat blogspot anda . Biar NETKL settle kan. πŸ™‚

LANGKAH 4 : Tingkatkan Tahap Penguasaan Platform

Dapatkan rujukan-rujukan bagi platform blog yang korang nak gunakan. Bagi pengendalian blogspot mungkin anda tak ada masalah sebab ianya lebih mesra pengguna, tapi bagi platform wordpress anda kena tahu sumber tutorial dan rujukan.Kalau tak nak berbayar, boleh cuba cari di YouTube.

Kesimpulannya…

Nak pilih platform blog ni tak susah mana sebenarnya, mudah! πŸ™‚ Cuma dari kita saja, nak serius atau tak nak serius? nak rugi atau nak untung? Semuanya berbalik kepada diri sendiri. Kalau rasa ia satu pelaburan yang menguntungkan, apa salahnya untuk berkorban.

Yang penting platform blog yang andaΒ  gunakan berbaloi dan memenuhi keperluan anda dalam nak mencapai dalam menulis blog.

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb

45 thoughts on “4 Langkah Memilih Platform Blog Yang Tepat”

  1. blogspot juga ada kelebihan tersendiri. dan mungkin lbh disayangi google. sbbnya blogspot adalah produk mereka…

    1. aku perlu dulu pun pakai joomla, tapi untuk buat projek akhir la time study. πŸ™‚ lepas tu terus lupakan. susah, tak mesra pengguna.

  2. Saya bermula dengan platform Blogspot selama 3 bulan.. Lepas tu tukar ke WordPress self-hosted dan kekal sampai sekarang..

    1. kalau wordpress self hosted yang tuan maksudkan, tuan boleh gunakan plugin Yoast. ialah lebih mudah untuk tingkat seo blog tuan. πŸ™‚

  3. Haa..saya mula dgn Joomla tahun 2006 dulu. Pastu pindah ke WordPress.com pastu pindah ke WordPress self hosted sampai sekarang. Blogspot pun guna, tapi tak rajin mana sebab bagi saya ia sedikit susah nak optimize.

    1. samalah, sbb kelebihan WordPress (self-hosted) ni lebih fleksibel & dinamik, blogger boleh optimize banyak features untuk tingkatkan pengalaman blogging. πŸ™‚

  4. Blogger.com sangat sesuai bagi mereka yang kurang bajet..bila dah ada bajet jangan takut pula berpindah ke WordPress kerana ia menjanjikan kepuasan berblogging

    1. blogspot kena pandai edit kod, kalau pakai wordpress just install n activate. nak lebih advance barulah coding sendiri. πŸ™‚

  5. Ambe tak pakar dalam berblog. Tapi ambe terus guna yg berbayar punya.
    Konon terer la sangat. Hehehe…
    Tapi ambe belajar sikit-sikit la. Blogspot ambe tak habis explore lagi.

  6. saya pengguna blogspot sejak tahun 2011. Masa daftar memang tak tahu apa. Just hujung tahun lepas baru beli domain. tu pun yg harganya bawah rm10 untuk setahun.

    Pada saya tak perlu invest besar kecuali memang akan jadi blogger kental.

    1. samalah, sy beli ni pun domain murah. πŸ˜€ tak sampai RM10 pun diGoDaddy. hehe… lepas tu baru upgrade dari blogspot ke Wp. πŸ™‚

  7. suka dua platform..blogger dan wordpresss..

    oleh sebab suka dua platform terwujudlah dua blog yang berdomain sekali gus..

Comments are closed.