7 Kesilapan Membina Blog Untuk Bisnes Yang Patut Anda Elakkan

Manusia biasanya melakukan kesilapan kerana dua sebab, pertama ialah silap sambil lewa atau lalai. kedua disebabkan oleh kurangnya ilmu.

Bagi yang baru dalam sesuatu bidang, pasti biasa dengan try & error. Kan?

Bagaimana jika kita kurangkan kesilapan tersebut dengan belajar daripada kesilapan orang lain?

Berikut ialah kesilapan yang patut dielakkan dalam membina blog.

1. Buat Blog Ikut-ikutan.

Membuat blog hanya kerana pesaing dan kawan-kawan bisnes anda memiliki blog. Membuat blog sekadar ikut-ikutan anda berkemungkinan terkandas di tengah jalan. Membuat blog seperti ini seumpama seseorang yang bepergian, tapi tidak tahu arah manakah yang hendak dituju.

Utara, Timur, Barat atau Selatan?

2. Tidak Mendalami Platform

Tidak belajar cara mengendalikan blog dengan betul. Menempah blog tanpa mengetahui ciri-ciri seperti kelebihan dan kekurangan platform yang digunakan. Akhirnya kelebihan platform tidak dapat digunakan sepenuhnya, dan tersekat dengan kekurangan platform tersebut yang tidak memenuhi keperluan bisnes dan perniagaan yang dijalankan.

3. Kandungan Tindak Cukup

Yup, kandungan blog tidak cukup dan dihasilkan secara sambil lewa. Gambar sekadar tangkap muat dan artikel dihasilkan sekadar copy & paste sahaja. Tiada keaslian dan maklumat ada kelompangan. Hasilkan pembaca tidak mendapat maklumat yang jelas dan hilang kepercayaan. Beralih ke blog yang lebih meyakinkan!

4. Struktur Laman Yang Mengelirukan

Tajuk post atau pages tidak menggambarkan ini yang sepatutnya, menu atau navigasi halaman ke halaman tidak teratur. Ketiadaan peta laman menyukarkan lagi pengguna untuk memahami kandungan blog dengan murah. Pemasangan widget dan plugin yang tidak berkaitan turut menyumbang kepada masalah ini.

5. Blog Yang Tidak Mesra Pengguna

Blog yang berat dan memakan masa untuk muncul di browser. Warna yang tidak harmoni dan menyakitkan mata, selain pemilihan font dan saiz text yang terlalu kecil dan adakalanya terlalu besar. Kesemuanya ini adalah elemen-elemen yang boleh merosakan pengalaman pembaca di dalam blog anda.

6. Tidak Membuat Pengiklanan

Memiliki lama blog yang sudah siap, tetapi tidak dihebahkan kepada prospek yang berpotensi menjadi pelanggan, keluarga dan rakan-rakan.  Tidak dikongsi dimedia sosial dan disertakan dalam bahan pemasaran online dan offline seperti letterhead, bussines card dll. Segan untuk memasarkan blog sebagai media maklumat produk dan perkhidmatan kerana merasakan blog tidak setanding pesaing dan rakan bisnes yang lain.

7. Tidak Memantau Prestasi Blog

Menulis post /pages dengan berjaya, mengiklankan produk di mana saja. Tetapi prestasi blog tidak dipantau dari masa ke semasa. Abaikan data dan laporan dari Google Analytic, tidak merekodkan jumlah jualan ataupun prospek yang dihasilkan dari blog dari masa ke sesama.

Bagaimana keberkesanan blog bisnes anda diukur jika report ini diketepikan?

Bersama untuk difikirkan.

 

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb

1 thought on “7 Kesilapan Membina Blog Untuk Bisnes Yang Patut Anda Elakkan”

Comments are closed.