6 Kelebihan Blog Untuk Bisnes Anda

Seorang rakan sekerja bertanya kepada saya.

“Antara Website (blog) dengan Facebook, mana lebih bagus?”

Sacara Mudahnya, saya jawap begini.

1. Mesra Enjin Carian.
Blog adalah media yang lebih mesra enjin carian, dengan memiliki blog untuk bisnes, bermakna peluang bisnes anda untuk muncul di enjin akan lebih tinggi berbanding facebook dan laman media sosial yang lain.

2. Lebih Selamat.
Pernah dengar kawan-kawan anda mengeluh di Facebook?

Iklan di Report, Post atau status di “SPAM”. Reach tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Lebih ngeri ada yang di unpublish dan sebagainya, habis wang telah dilaburkan untuk mengumpulkan like, meningkat engagement dan sebagainya lebur sekelip mata.

Di blog kita tak terikat dengan pelbagai polisi-polisi seperti yang diperkenalkan oleh Facebook. Tiada siapa yang boleh menurunkannya. Apatah lagi SPAM di ruangan komen tanpa kebenaran kita. Kita bebas untuk publish, edit, delete.

Jadi risikonya lebih rendah.

3. Mampu Milik
Dari segi kos pula, untuk memiliki blog amatlah murah, dan mungkin sahaja percuma!

Bergantung kepada jenis platform anda gunakan.

Bagi baru bermula saya cadang gunakan platform percuma dahulu. Melainkan anda dah ada perancangan yang teliti barulah keluaran kos yang lebih besar. Antara platform percuma yang boleh anda gunakan ialah

  • blogspot,
  • wordpress.com

Manakala untuk platform berbayar ialah

  • wordpress hosted.

Mahu Blogspot dan WordPress.Com pun kelihatan premium. Beli domain.com/.net dari hosting provider seperti netkl, myduniahosting dll. Kemudian pasangkan kepada platform pilihan anda.

Atau hubungi saya dapatkan servis buat blog serendah RM149/blog sahaja.

4. Mudah Diurus
Blog mudah untuk diurus, ianya lebih sistematik. Kandungan blog mudah dicapai dan dirujuk dengan link yang struktur yang lebih kemas. Antara ciri-ciri yang menarik ialah disusun mengikut kronologi, kategori dan tag.

Kandungan boleh blog disusun atur dengan mudah.

Ada beribu tutorial, berpuluh ribu themes dan plugin yang boleh digunakan sesuai blog anda.

Mahu premium atau freemium? terpulang dengan bajet dan kemahuan anda saja. Haa…

5. Tahan Lama
Jika kita tahu ‘kata kunci’ yang mahu ditawan di enjin carian. Post yang kita terbitkan setahun lalu pun boleh memberikan pulangan berterusan. Ini  menjadi promosi yang kita lakukan sekali berpotensi  memberikan pulangan berkali-kali.

Menarik kan?

6. Kredibiliti & Jenama.
Memiliki blog untuk perniagaan akan menjadi persembahan kita berbeza berbanding pesaing. Blog ialah kedai kita dan jenama kita! Dengan blog kita tak perlu bergantung kepada jumlah like dan follower yang ‘engage’ dengan kita, memadai dengan kandungan yang kita muat naik.

Ditambah lagi dengan pemilihan themes yang tepat, pastinya blog kita akan nampak lebih menyerlah berbanding yang lain.

Kesimpulan
Penggunaan blog untuk bisnes bukan lagi satu alternatif kepada facebook, tapi satu kemestian sekiranya mahukan bisnes anda dikenali secara online. Blog menjadi peniagaan lebih kukuh dan dipercayai. Ciri-ciri yang lebih selamat, murah & mudah urus membantu perniagaan anda untuk bertahan lama berbanding medium pemasaran online yang lain.

Pun begitu, bukanlah saya mengatakan berniaga menggunakan facebook kurang bagus, facebook juga penting. Bahkan boleh jadi pelengkap blog sebagai asas pemasaran kita. 🙂

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb