7 Ciri Menarik WordPress Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sejak dilancarkan pada tahun 2003, WordPress telah menjadi platform Content Management System (CMS) paling popular di dunia. Walaupun pada awalnya WordPress diperkenalkan sebagai platform untuk aktiviti blogging, namun perkembangan yang pesat menjadikan lebih baik dari masa ke semasa. Hari ini terdapat 74 juta laman yang memuat naik kandungan setiap saat.

Antara jenama terkenal yang turut menggunakannya ialah TIME, Google, Facebook, Sony, Disnes, Linkedln, The New York Times, CNN dan eBay.

Ada banyak ciri-ciri menarik untuk dikupas, walau bagaimanapun di sini saya cuma bawakan beberapa ciri-ciri menarik WordPress untuk anda fikirkan. Yang pasti ianya menjadikan WordPress sebagai platform terbaik untuk membangunkan blog untuk bisnes anda.

1.        Percuma. WordPress ialah platform yang berasaskan sumber terbuka. Ini membolehkan sesiapa sahaja boleh memuat turun, memasang dan mengembangkan tanpa dikenakan sebarang cas. Ada domain dan hosting dah boleh jalan.

2.      Mudah untuk dikembangkan. Terdapat ribuan themes dan plugins yang boleh digunakan untuk mengembangkan cirri-ciri WordPress. Hari ini sahaja terdapat 2600++ Themes WordPress dan 31000++ plugin percuma sedia untuk dimuatturun.

3.      Mudah Urus.  Tanpa perlu mahir sebarang bahasa aturcara seperti HTML,CSS,PHP mahupun Javascript saya boleh mengendalikan WordPress. Ia bukan sahaja direka untuk website developer, tapi juga mereka yang zero knowledge dalam bidang IT. Sesiapa pun boleh memasang, mengurus dan mengemaskini WordPress. Yang penting ada Internet dan Browser.

4.      Disokong oleh komuniti yang besar. Ada ribuan pengguna dari seluruh dunia yang saling menyokong antara satu sama lain. Jika saya menghadapi masalah, komuniti ini sedia untuk membantu dan bertukar-tukar pandangan. Mereka ada di Google, Youtube, Facebook dan juga forum-forum soal jawap seperti StackOverflow.

Di Malaysia antara komuniti yang terkenal ialah Kedai Kopi WordPress yang menghimpunkan lebih kurang 3000 pengguna WordPress dari seluruh Negara.

5.      Mesra SEO. Apa sahaja yang muat naik ke dalam blog akan mudah dicapai oleh enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo! Dll. Bahkan terdapat plugin percuma untuk memantau dan mengukur kualiti kandungan SEO blog anda dengan mudah. Contohnya Yoast SEO.

6.      Selamat. Ianya sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan tiada sebarang isu keselamatan berbangkit. Tidak cukup dengan itu, ciri-ciri keselematan WordPress juga boleh dipertingkat dengan plugin percuma seperti Wordfence dan Google Capctha. Ini sekaligus meminimumkan risiko atau ancaman yang dihadapi oleh pengguna WordPress.

7.        Fleksible. Ya, WordPress boleh jadi apa sahaja yang anda mahukan. Bukan sahaja blog, tapi lebih dari itu. Ia boleh membangunkan satu laman web keahlian terhad, meletakan portfolio dan hasil kerja, menjual produk fizikal mahupun digital, laman sosial dan banyak lagi kemungkinan.

Penutup :

Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada WordPress, WordPress sememangnya layak menjadi platform pilihan. Kelebihan-kelebihan WordPress menjadikannya mudah guna, bukan sahaja web developer, tetapi mereka yang tidak berlatar belakang IT.

Jika jenama-jenama besar pun turut menggunakannya,

apa lagi yang menghalang anda untuk menggunakan WordPress bagi blog untuk bisnes anda?

rujukan : 25 Reasons Your Business Should Switch to WordPress

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb