7 Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Berkesan

Cara tingkatkan trafik blog yang saya kongsikan ini bukanlah rahsia, cuma ramai yang pandang memang sebelah mata. Strategi ini terbukti berkesan dan sudah lama digunakan oleh blogger-blogger yang bukan sebarangan. Jika diaplikasikan dengan betul tak mustahil kita pun boleh tingkatkan trafik blog dengan berkesan!

Cara Tingkatkan Trafik Blog

tingkatkan_blog_trafik

1. Blogwalking

Blog kita samalah seperti rumah kita, sekiranya kita tak melakukan kunjungan mana mungkin orang akan kenal dengan blog ataupun jenama kita. Bahkan ini merupakan cara yang paling berkesan untuk memberi tahu blogger-blogger di luar sana, bahawa anda juga adalah sebahagian daripada mereka. πŸ™‚

Tinggalkan komen berserta url blog anda setiap kali rakan-rakan blogger sekeliling anda mengemaskini catatan. Jangan jadi silent readers, ambil peluang untuk berkenalan dengan mereka, bina network. Mereka inilah yang berpotensi untuk menjadi pembaca setiaΒ  dan membantu anda untuk terus bersemangat dalam dunia blogging.

2. Media Sosial

Media sosial merupakan antara media yang hampir setiap hari kita buka, jika dirujuk pada ranking Alexa (Malaysia), Facebook berada di tempat ke-3.

Ini merupakan satu tanda bahawa facebook berpotensi untuk menjana trafik yang tinggi. Ramai orang berkumpul di sana! Banyak pages yang telah menggunakan kesempatan ini. Fenomena viral yang tercetus di facebook adakalanya adalah strategi fan pages terkenal untuk mengeksploitasi followers mereka. Jika anda perasan la. πŸ™‚

Jadi, pastikan blog yang anda mesra media sosial. Pasangkan button button share, tweet,like pin dan lain-lain media yang nak difokuskan.

Bagi yang memiliki kepakaran dalam pengendalian fan pages boleh la menggunakan peluang ini dengan sebaiknya. Manakala bagi pemula macam aku, sertai lah mana-mana kumpulan sosial, kongsikan kemaskini blog di wall sendiri dan group yang berkaitan niche masing-masing.

3. Teknik SEO

Menulislah menggunakan teknik SEO (Search Engine Optimization). Tujuan teknik ini ialah untukmemudahkan blog/artikel yang terbitkan muncul dalam senarai carian apabila pengguna menggunakan engine carian seperti Google, Yahoo, Bing dll.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan penulis blog ketika ini memilih untuk menawan SERP (Search engine results page) Google. Kenapa? Sebab secara global, laman web pertama di dunia! Rujuk Ranking Alexa.

Teknik ini menjadi buruan dalam kalangan blogger-blogger terkenal di serata dunia termasuk Malaysia. Semakin kerap blog kita muncul dalam SERP , semakin tinggi peluang untuk menarik trafik dari enjin carian.

4. E-mail

Jika pengunaan media sosial boleh diumpamakan korang mempromosikan blog di tempat orang ramai sedang berkumpul, teknik email pula ialah di mana anda datang ke rumah orang dan mendapatkan mereka!

Seperti surat khabar, e-mail juga memerlukan pembaca untuk subscribe terlebih dahulu. Selepas itu barulah kita boleh menghantarkan kemaskini, hadiah dan sebagainya kepada pembaca kita. Mereka inilah yang akan berpotensi besar untuk menjadi pembaca setia!

Ingat, jangan buat SPAM!

5. Forum

Libatkan diri dengan aktiviti forum, fokus kepada topik-topik yang berkait dengan niche masing-masing. Letakkan alamat blog anda pada signature bagi membolehkan ahli-ahli forum yang lain nampak url blog anda setiap kali membuat post atau reply.

tingkatkan trafik blog forum
Post penganjur Malaysia Best Blog 2015 yang sempat saya snap dari Forum WangCyber.Com sewaktu menulis entry ni.

Tak dinafikan, sebahagian blogger baru yang selalu terlepas pandang strategi ini. (Termasuk saya sendiri). Sesuatu yang menariknya di sini, sebelum media sosial menjadi fenomena, ramai otai-otai blogger yang terlibat dengan aktiviti forum ni. Jadi, semestinya ini sesuatu yang menarik untuk diterokai! Hehe… πŸ™‚

6. Contest & Giveaway

Anjurkan satu contest ataupun Giveaway. Teknik ini biasa digunakan oleh blogger bagi menaikkan ranking mereka dengan cepat. Walaupun teknik ini tidak boleh untuk bertahan dalam jangka masa yang lama, tetapi ini ialah teknik yang paling singkat untuk memperkenalkan jenama blog masing-masing dalam kalangan Blogger.

Semakin lumayan hadiah yang ditawarkan, semakin tinggi potensi contest yang dianjurkan mendapat sambutan. Selepas itu mulalah traffic datang mencurah-curah bagaikan hujan! Jika contest anda mendapat perhatian daripada blogger-blogger otai dari seluruh Malaysia, maka bertambah cepatlah proses penjenamaan dan pengenalan blog anda dalam rangkaian blogger semasa.

7. Media Cetak

sertakan sekali alamat blog setiap kali terbitkan banner, poster, bisnes kad, sticker dll . Ini ialah pengiklanan secara tidak langsung. Lazimnya orang melihat akan tertanya-tanya…

“Apa yang ada dengan web url itu?”

“Laaaa… ini saja?” Saya selalu terkena! πŸ˜€

Cara tingkatkan trafik blog ini nampak saja biasa, tapi kalau dilakukan dengan konsisten dan berterusan, hasilnya boleh jadi luar biasaa! Paling penting, kongsikan entry yang ada kebaikan dan cariannya tinggi! Inilah yang menjadikan blog kita punya daya tarikan untuk rakan-rakan dan pembaca untuk datang lagi di masa depan! Apa lagi? Jom, tingkatan trafik blog dengan berterusan! πŸ™‚

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb

109 thoughts on “7 Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan Berkesan”

    1. tu untuk yg jenis bisnes, macam nak promote produk sesuai la. untuk blog bisnes. πŸ™‚

      ada yg kreatif, siap letak di kereta. πŸ™‚

  1. Kaedah GA/kontes, email dan forum ambe belum guna lagi.
    Insyaa Allah akan cuba applied melalui blog ambe.
    Terima kasih atas perkongsian. Ini adalah antara yang penting dalam berblog.

    1. hebat Hj. Yazid. hehe… blog ni pula baru nak try teknik seo, byk lg nak study. X hairan la ramai blogger gemar teknik seo, boleh tarik trafik sambil goyang kaki. πŸ™‚

  2. adalah buat blogwalking sikit-sikit..biasa masa sahaja menjadi batasan..main SEO lain…masa digunakan untuk merancang dan menulis secara terbaik

    1. ya ka? tak tahu pula. kalau ikut yaost 300 patah perkataan.

      baca di wangcyber pula 700 patah perkataan.

      (confuse) tak pa, nak tengok balik. πŸ™‚

      1. Minimum 300 jak kot.. tp semakin panjang artikel tu.. semakin mendapat perhatian dari Google.. dari apa yg saya thulah.. huhu

  3. terima kasih atas perkongsian tuan. saya sedang dalam proses mempraktikkannya. Nak naikkan trafik blog ni kena rajin. Rajin buat semua tips yg tuan kongsikan di atas.

  4. Thanks.

    Last sekali…

    Hakikatnya kembali kepada content. Content is the king.

    Dengan kemahiran menulis yang terbaik, semua teknik yang diaplikasikan akan melonjakkan blog walaupun hanya mengamalkan satu teknik dengan konsisten dan istiqamah. Kemudian, setelah mahir satu kaedah terus kepada kaedah yang seterusnya.. kalau nak fokus kepada semua teknik lama-lama akan mudah kecewa dan melupakan isi kandungan blog…

    Love what are you doing.

  5. Saya jarang masuk forum, mungkin itu sebabnya trafik blog rendah kot…lain-lain tips memang diamalkan dan sentiasa di’upgrade’..thanks tips yang menarik tu πŸ™‚

  6. terima kasih atas tips yang sangat berguna ni..orang yang baru merangkak macam saya ni sangat memerlukan info macamni…budak baru belajar..

  7. dulu rajin blogwalking tapi dah jarang lakukan..
    sekarang ni nak selalu blog walking semula nak up semula blog yang masih statik je traffik nya

  8. Pingback: 5 Cara Buat Duit Dengan Blog - SuhimiNain.Com

  9. tips yang menarik..

    btw, saya suka tengok theme blog ni, tertamanya part tajuk+header kat atas tu..nampak professional.

  10. blogwalking kadang2 boleh menyebabkan bounce rate tinggi…maka nasib baik ade comment walking jadi…terhindar sikit dari bounce rate

  11. Thanks sebab post mengenai perkara macam ni , selalu saya banyak terlepas pandang pasal dunia blog ni and information ni dapat menambah ilmu saya dalam dunia blog ni.. Thanks again.

  12. terima kasih untuk perkongsian ini. Sekarang ini saya tengah nak praktikkan teknik seo. harap-harap boleh dapat ranking 1.

  13. terima kasih. sy Baru nak blogwalking Ni..blog masih Baru..
    jemputlah ke blog sy di

    fikiranputih.blogspot.com/2015/12/cara-membuat-kasut.html

  14. Pingback: Tips Menulis Ebook Percuma Untuk Blogger (Part 1) - Suhimi Nain

  15. Pingback: Cara Tingkatkan Trafik Blog – Anggur Manis

Comments are closed.