Cara Memilih Hosting Pertama Anda

Pemilihan hosting adalah langkah pertama dalam membangunkan blog, silap pilih boleh menjadikan pengalaman menulis blog menjadi mimpi ngeri. Jadi pilihlah hosting yang boleh menggembirakan hati anda. Buat perbandingan antara hosting-hosting yang ada di luar sana dan pilihlah yang yang anda rasa terbaik dan memenuhi keperluan anda.

Tips Memilih Hosting Pertama Anda

1. HARGA

bukan semua orang sanggup untuk berbelanja besar, apatah lagi memulakan blog untuk kali pertama. pastinya mencari hosting yang paling murah akan menjadi aspek paling utama. Namun jangan sampai harga yang murah itu memerangkap kita di kemudian hari. berhati-hatilah dengan harga, apatah lagi yang menawarkan harga terendah beserta servis yang luar biasa. seperti unlimited storage, bandwidth dan sebagainya.

bagi yang sudah berpengalaman pasti tahu membeli hosting yang murah, beerti kita bersedia untuk berkompromi dengan kualiti yang bakal anda terima. oleh itu memilih hosting berdasarkan harga murah bukanlah pilihan yang bijak, terutama dalam membangunkan blog yang mahu dijadikan sumber pendapatan. Jika untuk percubaan dan pembelajaran maka tiada masalah.

2. SUPPORT
masalah pasti akan datang, oleh itu pilihlah hosting yang menyediakan sokongan yang cemerlang untuk pelanggan.

jika melihat kepada maklumat penyedia hosting, hampir kesemua hosting menyatakan support selama 24/7. namun berapa banyak hosting yang boleh memenuhi keperluan sokongan pelanggan mereka?

gunakan cara berikut untuk menguji tahap sokongan sesuatu hosting. hantarkan email atau pertanyaan kepada bahagian support dan buat perbandingan, syarikat manakah yang paling cepat responnya…

3. SPESIFIKASI.

teliti setiap spesifikasi yang ditawarkan oleh sesebuah penyedia. pastikan ianya benar-benar memenuhi keperluan blog yang hendak dibangunkan. antara spesifikasi yang boleh diambil kira seperti :

  • kapasiti storan
  • bandwidth
  • email
  • addons domain
  • subdomain
  • mySQL database
  • free domain
  • quick installer ( softaculous )
  • cpanel

bagi saya,saya amat menitik beratkan saiz storan.  pertama kali saya membeli domain & hosting dari netKL. kapasiti storan bagi pakej yang saya pilih tidak boleh menampung saiz blog saya yang dipindah daripada blogspot ke wordpress. akhirnya terpaksa upgrade kepada pakej yang lebih tinggi.

4. BACKUP

malang tidak berbau, blog yang kita bangunkan boleh jadi menjadi mangsa serangan hacker ataupun terpadam disebabkan oleh kecuaian kita dalam mengendalikan hosting.

pernah sekali saya terpadam laman blog saya ketika sedang membuat troubleshooting. mujurlah pihak hosting membuat backup secara mingguan, kalau tidak pasti hilang semua hasil kerja saya. walaupun tidak terkini sekurang-kurangnya ada sumber untuk memulakan semula kerja saya daripada bermula dari kosong.

5. TERMA & SYARAT

pastikan trerma & syarat dinyatakan secara jelas dan anda mestilah membacanya terlebih dahulu. mengambil ringan tentang syarat dan perkhidmatan berkemungkinan menyusahkan anda di kemudian hari. antara risikonya seperti akaun ditamatkan dan duit lebur begitu tanpa sebarang ganti rugi.

penutup

akhir sekali pemilihan hosting sebenarnya berkait rapat tentang perkara berikut, iaitu kemampuan anda, kemudahan pakej, sokongan penyedia perkhidmatan serta jaminan dan tawaran. mendapatkan hosting yang terbaik bakal memudahkan kerja-kerja anda yang seterusnya. justeru pilihlah secara berhati-hati agar tidak menyesal di kemudian hari.

baca : Review myDuniaHosting

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb