5 Cara Buat Duit Dengan Blog

“Bagaimana Cara Buat Duit Dengan Blog?” Soalan yang menarik untuk dijawab. Dulu saya pun hairan. Macam mana dengan menulis blog boleh dapat duit? Sedangkan blogging ni  hanya menulis cerita sendiri, menulis soal hobi, pemikiran dan macam-macam cerita gila. hehe.. Tiba-tiba ada pula yang dapat duit dari blog?!

Takkan sekadar pasang iklan macam nuffnang saja… Mesti ada rahsianya!

Bila serius sikit dengan blog ni, barulah nampak lubang-lubang rezeki tu.

Rupanya ada banyak lagi…

Cara Buat Duit Dengan Blog ni sebenarnya …

Mungkin inilah antara sebab blog terus terkenal sehingga sekarang…

1. SERTAI PROGRAM AFFILIATE

Ashadee - Make Money Online

Ini ialah cara buat duit dengan blog yang amat popular dalam kalangan blogger. Affiliate tak memerlukan kos yang besar. Dengan blog dan talian internet pun kalau boleh lakukan. Boleh dibuat di rumah. Sesiapa sahaja boleh buat, yang penting tahu asas affiliate. Anda juga bebas untuk mempromosikan link affiliate ikut kreativiti masing-masing selagi tak bercangah dengan syarat program affiliate.

Caranya amat mudah, korang hanya daftar akaun affiliate dan promosi. Pembayaran akan dibuat setiap kali ada pembelian dari link affiliate masing-masing.

Antara vendor affiliate anda boleh sertai ialah Klikjer.

cara buat duit dengan blog
komisyen affiliate saya yang pertama. hehe.. 🙂

2. SEWAKAN TAPAK IKLAN

Ini ialah cara buat duit gaya blog yang bertrafik tinggi. Semakin tinggi trafik sesuatu blog, semakin tinggilah kadar sewaan yang boleh dikenakan. Kadar sewaan tapak iklan boleh ditentukan berdasar jumlah trafik sebulan/harian serta tempoh dan lokasi tapak iklan.

Bagi meyakinkan pengiklan, bolehlah memaparkan statistik blog yang terkini bagi blog anda. Sama ada statistik dalam masa sebulan ke tiga bulan terkini. Terpulang. Contoh lokasi yang boleh digunakan untuk tapak iklan pula ialah header,footer,sidebar serta sebelum dan selepas entry.

Tapi kalau tak nak bagi sewa pun boleh, anda boleh try pakai nuffnang ya. Hehe..

p/s: Pastikan tapak iklan tak mengganggu pengunjung.

3. MENULIS ADVERTORIAL

Anda dibayar oleh entiti tertentu untuk menulis entry berkaitan servis mahupun produk untuk tujuan pengiklanan. Tak seperti tapak sewa iklan, bayaran hanya sekali sahaja untuk setiap entry.

Pengiklanan jenis ini lebih menarik perhatian pengiklanan kerana entry yang advertorial biasanya ditulis menggunakan teknik seo dan bertahan lama dalam enjin carian. Iklan sekali untung berkali-kali. Hehe… sebab itu harganya mahal. Bagi yang hendak mencuba, boleh la bermula dengan harga RM50/entry.

4. MENJUAL BLOG

Walaupun jarang kita dengar tapi cara buat duit dengan blog sebegini memang ada. Modus operandinya nampak mudah, seorang blogger akan mewujudkan sebuah blog khas untuk satu-satu niche seperti sukan, kereta, resepi masak-memasak ataupun lain-lain niche yang hangat. Kemudian menjualnya apabila blog tersebut sudah “matang”.

Jangan terkejut, harga blog yang dijual bukan setakat ribu bahkan boleh mencecah sehingga mencecahkan belasan dan puluhan ribu ringgit! Tapi itulah… di sebaliknya ada harga yang mahal perlu dibayar, sama ada dari segi masa, idea dan duit. Bermacam-macam perlu dilakukan bagi memastikan nilai blog yang dijual itu benar-benar berkualiti, barulah orang berebut untuk membeli!

5. PRODUK & PERKHIDMATAN

Caranya ialah anda berkongsi ilmu/kepakaran blogging itu sendiri, tetapi dengan cara berbayar lah! Contohnya melalui penulisan E-book, Panduan Video berkaitan blogging serta perkhidmatan membina dan mengubahsuai blog. Disamping menjana pendapatan, ianya boleh menjadi “validation” kepada andadalam bidang blogging.

Cukup sekadar itu untuk cara buat duit dengan blog. Sebagai ingatan bersama, blogging ni bukannya cara untuk cepat kaya. 2 – 3 bulan pun belum tentu dapat pulangan. Jadi perlukan banyak kesabaran dan ketekunan. Tapi, kalau anda betul-betul serius juga nak buat duit dengan blog, sebaiklah dapatkan panduan khusus. Hehe.. Selamat Mencuba!

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb

55 thoughts on “5 Cara Buat Duit Dengan Blog”

  1. Terima kasih di atas perkongsian info. . Semoga lebih byk lagi sumber pendapatan yang diperolehi melalui blogmm

  2. saya dah lama juga mengidam dapat duit dari internet..yang ada masuk sekali sekala dan jarang-jarang ..mungkin usaha belum power lagi.

    1. biasa la tu. saya ni baru sekali, itu pun lepas 3 bulan. Insya’Allah ada lagi tu, strategi kena mantop. tp kalau pay per click mungkin cepat sikit. 🙂

  3. tq atas tips yang sangat berguna ni.. kak Yati sebenarnya buta it 10 tahun lepas.. kak paksa diri untuk belajar… alhamdulillah semakin hari banyak yg kak belajar..

  4. Oleh kerana sekarang kos ads tinggi, blog adalah alternatif untuk generate income melalui content marketing. Blog yang mesra seo akan buat banyak trafik masuk then boleh generate income 🙂

  5. gempak juga info ni.. memang boleh buat duit dengan blog.. kena pandai caranya..
    yang jual tu masih belum berjaya lagi

  6. Saya lebih serasi jual barang.Blog hanya medium untuk promote je.Tangan yang ada pun tak cukup nak handle semua.Penat juga rasa kadang kadang.

  7. Salam ziarah… kalau kena caranya memang blog boleh mendatangkan duit . Setakat ni 3 cara pertama di atas dah ada hasilnya, tapi yang ke 4 dan 5 tu macam agak mustahil je untuk dicapai.

Comments are closed.