Apa Beza Pages & Posts Dalam WordPress?

Dalam platform WordPress, terdapat 2 jenis kandungan untuk memuatkan artikel, iaitu Post dan Pages. Bagi yang pertama kali menggunakan platform ini, mungkin anda akan keliru antara keduanya. Walaupun keduanya kelihatan hampir sama, namun sebenarnya fungsi kedua kandungan ini adalah berbeza.

Di sini saya akan tunjukkan berbezaan di antara Post dan Pages.

Pages ialah kandungan yang bersifat statik. Ianya tidak terikat dengan konsep masa. Oleh itu sekiranya anda melayari suatu Pages anda tidak akan tahu bilakah kandungan tersebut dimuat naik ataupun dikemaskini. Maklumat di dalam Pages ialah maklumat yang sentiasa terpakai sepanjang masa. Contoh halaman pages ini Dasar Privasi, Tentang Saya, Halaman Penafian Undang-undang, Halaman Pautan dan Halaman Utama.

Pages ialah suatu yang bersifat hierarki. Bermakna ianya boleh disusun mengikut kedudukan atau keutamaan di mana anda boleh memilik sub-pages di bawah page utama. Biasanya kita tidak akan menggunakan komen pada Pages, walaupun sistem WordPress sebenarnya membenarkan penggunaan komen.

Berbeza dengan Post yang merupakan tulang belakang kepada Blog

Post (catatan) ialah kandungan yang bersifat aktif, yaknisentiasa dikemaskini. Kandungan diterbitkan secara berkala, sama ada harian, mingguan dan juga bulanan.

Post memiliki tarikh dan masa sebagai rujukan. Post disusun secara kronologi di mana kandungan yang yang terkini, adakan dipaparkan di bahagian paling hadapan dan barulah diikuti kandungan terdahulu. Umpama sebuah timbunan kertas, helaian-helaian lama akan diletakkan di tempat balik bawah manakala yang terkini di ruangan atas.

Bukan itu sahaja, semakin lama sesuatu post semakin tinggi kemungkinan kandungannya tidak lagi boleh diguna pakai dan digantikan dengan kandungan terkini.

Lazimnya sesuatu posts akan memiliki ruangan komen bagi para pembaca meninggalkan ulasan dan juga berinteraksi secara 2 hala. Post tidak terikat dengan hirarki, tetapi boleh dikelaskan menggunakan categori dan dikaitkan dengan satu sama lain menggunkan fungsi tags.

Sekiranya anda masih belum menerbitkan Post anda yang pertama, boleh baca panduan Menerbitkan Catatan Pertama untuk maklumat lanjut.

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb