Backup, Sediakan Payung Sebelum Hujan!

Sehebat mana pun laman blog anda, semahal manapun wesbsite yang anda tempah. Semuanya boleh hilang dalam sekelip mata jika tiada plan B. Plan B yang saya maksudkan di sini ialah Backup.

Apa Itu Backup?

Backup ialah kerja-kerja membuat salinan file atau data secara fizikal ataupun virtual (maya). Ianya adalah sebahagian daripada langkah keselamatan. Membuat backup umpama memberikan blog dan website anda peluang kedua dan seterusnya. Walaupun terpadam, digodam dan sebagainya, ianya dapat dipulihkan seperti sedia kala.

Mengabaikan backup bakal menyebabkan anda mengalami kerugian berganda. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula! Huh! sakit tu..

Kenapa nak kena buat backup?

  1. mengelakkan dan meminimumkan kehilangan data.
  2. mengelakkan kerugian sama ada dari segi wang ringgit dan tenaga.
  3. mempercepatkan proses baik pulih sekiranya berlaku bencana.
  4. memudahkan proses migrasi.

Backup terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :

i.Full Backup
Melibatkan salinan keseluruhan file dan database tanpa meninggalkan satu bahagian pun. Semakin besar size suatu laman, maka semakin lama lah masa yang diambil untuk proses backup.

ii.Incremental Backup
Backup yang hanya menyimpan perubahan daripada backup yang terakhir. Masa yang diperlukan juga amat singkat jika dibandingkan dengan full backup. Bagaimanapun ianya memerlukan file utama dan juga incremental backup terdahulu untuk membolehkkanya berfungsi.

iii.Differential Backup
Hampir sama dengan incremental backup. Bagaimanapun ianya hanya memerlukan full backup dan last backup point sahaja untuk membuat proses restore.

sumber : searchdatabackup.techtarget.com

4 Perkara Yang Mengundang Bencana

Kegagalan Infra – webhosting, server ataupun infrasturuk yang anda gunakan gagal untuk berfungsi sehingga menyebabkan laman web tidak dapat diakses oleh pengguna. bagi kebanyakkan pengendali laman, ini adalah kejadian yang berada diluar kawalan. Terutama apabila bila webhosting berada di bawah seliaan pihak ketiga.

Meletakkan penyedia perkhidmatan anda membuat backup 100% adalah suatu kesilapan. Bukan sekali, malah berkali sudah saya melihat kejadian seperti ini berlaku. Walaupun pihak webhosting mengatakan mereka membuat backup secara berlaku, namun apabila berlaku bencana semuanya hilang begitu sahaja.

Kelalaian Manusia – laman web merupakan suatu benda yang sensitif. ianya terdiri daripada pelbagai komponen yang kita tidak ketahui sebahagiannya.

kepentingan backup
Background vector created by freepik – www.freepik.com

Perkara yang biasa terjadi dalam menguruskan website ialah terpadam file penting website ketika membuat kerja-kerja menguruskan file website melalui File Manager ataupun ruangan admin. Hal ini menyebabkan website gagal berfungsi.

Pengalaman saya, ialah membuat salinan file wordpress melalui File Manager. kemudian saya delete installation tersebut melalui softaculous. Terlupa bahawa saya hanya membuat copy file wordpress tapi tidak database website tersebut. Jadi, apabila saya memadam installation asal, automatik saya kehilangan databasenya sekali! Punah!

Laman Web Digodam โ€“ laman web digodam disebabkan oleh tahap keselematan yang mengecewakan. Hasil ini boleh berlaku sama ada di peringkat hosting dan juga website berjaya ditembusi. Mungkin berpunca dari kecuaian, sikap sambil lewa ataupun yang berada di luar kawalan kita. Antaranya  tidak mengemaskini themes dan plugins, password yang lemah dan mudah diteka serta penggunaan plugins dan themes tiruan.

Design vector created by freepik – www.freepik.com

pengalaman saya ialah password dummy yang saya gunakan untuk pemasangan wordpress di subdomain berjaya diteka oleh penggodam dari Turkey. Selepas dipecah masuk, penggodam memasang plugin file manager di dalam ruangan admin dan terus menyelonggar file di dalam hosting. habis website utama di deface!

Process Kemaskini Bertukar MimpI Ngeri โ€“ proses kemaskini (upgrade) selalunya adalah jawapan kepada suatu permasalahan dan  bertujuan untuk mempertingkatkan ciri-ciri suatu website. Bagaimanapun, adakalanya ianya turut mengundang bencana.

Proses kemaskini gagal dan tidak boleh kembali seperti sedia kala ataupun berlakukan konflik fungsi antara satu plugins dan plugins ataupun themes sebaik sahaja kemaskini selesai. Bayangkan jika anda tiada backup sebagai titik untuk kembali? Tak sanggup nak bayangkan.

Terlupa Renew Hosting โ€“ mungkin sebahagian kita merasa lucu, tapi inilah antara sebab suatu laman web tiba-tiba lenyap dari internet.

Sibuk dalam menguruskan perkara lain, hinggakan hosting lupa untuk direnew… sedar sahaja, semua file sudah tidak dapat diakses, domain pula expired. Mungkin boleh dikembalikan file tersebut, namun memakan kos yang amat tinggi. Anda sanggup? Silakan. Hahaha…

Penutup

Backup ialah perkara penting bagi sesebuah blog atau website. Menyediakan backup, umpama menyediakan payung sebelum hujan. Ianya membantu kita menghadapi scenario yang tidak dijangka.

Melalui backup juga, sebuah laman yang ‘mati’ boleh dihidupkan semula. Bagaikan menyeru roh kembali pulang ke jasadnya.

Jika anda sudah membuat backup, Tahniah saya ucapkan! ๐Ÿ™‚ Jika belum, mulakanlah dari sekarang. saya pasti ianya akan membantu tidur anda lebih lena.

nak tahu cara buat automated backup wordpress menggunakan softaculous? nantikan perkongsian kami seterusnya. ๐Ÿ™‚

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb