Apa itu Hosting dan Domain?

Sebelum membangunkan sebuah rumah kita kenalah sediakan tapak terlebih dahulu. Takde tapak maka mustahil untuk  kita dirikan sebuah rumah, dan tanpa alamat yang jelas amat sukar untuk kita memberi tahu lokasi rumah kita kepada keluarga, rakan dan kenalan sekiranya mereka mahu berkunjung. Boleh saja kalau nak bagi koordinate rumah kita, tapi sape nak hafal koordinate tu? Kan lebih mudah bagi saja nama taman, jalan atau lorong.

Demikianlah kalau kita nak bangunkan blog, kita memerlukan hosting dan domain.

Apa Itu Hosting?

Hosting ni bolehlah kita umpamakan seperti tapak rumah.

Hosting ialah ruangan simpanan di internet untuk menyimpan sesuatu laman web.  Setiap laman web (blog) yang disimpan di hosting memboleh laman tersebut diakses orang orang ramai.

Apa itu Domain?

Domain pula boleh la dirujuk sebagai alamat blog kita, sebagaimana nama unit, lorong, jalan mahupun taman perumahan kita.

Domain ialah nama untuk merujuk sesebuah laman web (termasuk blog) yang diletakkan di dalam hosting. Domain diwujudkan untuk memudahkan kita melayari laman web (blog) tanpa perlu menghafal alamat IP sesebuah laman. Domain terdiri daripada nama dan suffix seperti .com,.net,.biz,.my dan banyak lagi.

Nama domain adalah unik.

Sebagai contoh, saya menggunakan blogbisnes.com, dan tiada sesiapa yang boleh menggunakan blogbisnes.com di internet sekarang. Melainkan domain yang saya gunakan ini expired ataupun dipindah milik kepada orang lain.

 

 

 

 

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb