4 Jenis Web Trafffic

Jika blog itu kedai makan, web traffic itulah pelanggannya. Tanpa pelanggan, kedai makan akan rugi dan akhirnya tutup. Demikianlah pentingnya web traffic kepada sebuah blog. Semakin banyak web traffic, semakin seronoklah kita mengemaskini blog.

Namun, tahukah anda web traffic ini bukan sekadar statistik? Ianya memiliki maksudnya yang tersendiri. Bagi yang baru berjinak dengan blog / laman web di sini saya kongsikan sedikit maklumat berkaitan jenis-jenis web traffic. Diharapkan dengan penerangan ini, lebih mudah anda memahami pengunjung blog anda.

Jenis-Jenis Web Trafik yang perlu anda tahu

1. Direct Traffic

Direct Traffic ialah pengunjung yang melayari laman blog anda secara terus.

Mereka menaip alamat url anda di site address dan melayarinya. Sebahagian pengunjung jenis  adalah pembaca setia, mereka yang sudah kenal jenama anda. Mereka ini akan berkunjung secara berkala ke blog anda untuk mendapatkan update terkini.

Pada masa yang direct traffic juga boleh mewakili keberkesanan kempen pemasaran secara offline. Contohnya melalui flyers, bisnes, banner & bunting, iklan video dan sebagainya.

Semakin tinggi tinggi direct traffic, semakin tinggi kesedaran pengguna berkaitan jenama anda.

Cuma kadar direct traffic tidaklah setinggi organic traffic dan referral traffic dan ianya sukar untuk ditingkatkan.

2. Organic Traffic

Pengunjung jenis organic traffic ialah mereka yang menemui blog anda dengan carian secara online. Mereka sering dikaitkan dengan enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.

Traffic jenis ini amat mudah ditingkatkan dan amat sinonim dengan teknik SEO (search engine optimization). Semakin baik tahap SEO laman anda, maka semakin tinggilah kadar trafic yang anda dapat melalui organic traffic.

Trafik jenis ini sememang ‘percuma’ namun ianya memerlukan banyak usaha. Jika kena dengan caranya, segala usaha yang dibuat boleh menghasilkan limpahan trafik berlipat kali ganda.

3. Referral Traffic

Referral Trafik ialah mereka yang datang ke blog anda melalui pautan luar.

Antara yang anda boleh lakukan untuk menaikkan referral traffic ialah guest posting, commenting/blogwalking, directory, review dan blogger yang bertukar-tukar pautan dengan rakan-rakan anda.

Bagi sesetengah pengurus kempen pemasaran secara online, referral traffic juga digunakan untuk memantau pretasi kempen sama ada contest SEO, iklan banner berbayar, affiliates dan seumpamanya yang memerlukan melibatkan pautan luar kepada di dalam laman web lain.

4. Social Traffic

Sesetengah orang mengkategorikan social traffic sebagai referral traffic. Namun di sini saya bezanya kerana social traffic yang memilki kekuatannya yang tersendiri.

Social Traffic terhasil daripada pautan yang diletak di media sosial seperti facebook, twitter, instagram, pinterest dan banyak lagi. Traffic jenis ini merupakan kelebihan bagi mereka yang memiliki pages dan profile yang aktif dan memilki followers yang ramai.

Pun begitu ianya tidak bertahan lama dan berkesan dalam tempoh masa yang singkat. Memerlukan komitmen yang berterusan berbanding organic traffic.

Jom follow kami di Telegram Channel --> http://t.me/sembangweb