Reviu tema Wordpress - Bright Sky

Reviu tema WordPress – Bright Sky

May 2, 2010  |  Theme

Tema bagi blog sudah tentunya merupakan satu perkara penting untuk menarik para pengunjung ke blog anda. Bukan sahaja ia perlu tampak cantik dan kemas, malah lebih penting lagi ia harus mampu menyampaikan kandungan blog dengan berkesan.

Jika anda pengguna WordPress, anda bernasib baik kerana terdapat terlalu banyak tema-tema WordPress yang berkualiti, samada percuma ataupun berbayar. Antara pengeluar tema WordPress kegemaran saya adalah KreativeThemes. Meskipun masih baru dan hanya mempunyai 5 tema WordPress buat masa ini, kesemuanya berkualiti tinggi. Dalam entri ini, saya akan membuat review mengenai tema percuma yang terbaru dari KreativeThemes, iaitu Bright Sky.

Bahagian header

Perkara pertama yang anda akan perasan pada Bright Sky adalah bahagian header yang besar. Ia berkesan dalam memberikan identiti kepada blog, terutamanya blog jenis peribadi. Namun bagi blog jenis informasi, anda mungkin mahu mengurangkan saiznya untuk memberi lebih ruang kepada kandungan blog anda.

Satu kekurangan pada bahagian header ialah ia tidak memuatkan carian, lalu meninggalkan ruang kosong yang besar. Namun bagi anda yang meletakkan iklan pada blog, anda boleh menggunakan ruang ini untuk tujuan tersebut.

Navigasi blog

Bright Sky menyediakan dua bar menu, satu untuk halaman blog anda, dan satu untuk kategori bagi entri. Kedudukannya yang terletak pada header sangat berkesan untuk membantu navigasi para pembaca. Malah kedua-dua menu bar inilah antara faktor yang membuatkan saya menggunakan Bright Sky untuk Sembang Komputer.

Navigasi bagi muka surat juga tidak kurang pentingnya bagi sebuah blog, dan Bright Sky menyediakannya dengan kemas dan cantik.

Paparan entri

Entri-entri pada muka depan dipaparkan secara biasa, kecuali tiga entri terakhir yang hanya memaparkan ringkasannya sahaja. Fungsi ini boleh diubahsuai melalui bahagian admin.

Di bahagian bawah setiap entri terdapat kotak kecil yang memaparkan kategori enti serta jumlah komen.

Lebar entri boleh mencapai sehingga 560 px, sesuai untuk memuatkan imej yang lebar seperti screenshot dan foto. Border khas juga disediakan untuk imej, serta ruang untuk meletak caption.

Di hujung entri, terdapat bahagian Related Entries yang memaparkan entri berkaitan beserta dengan thumbnail. Namun fungsi ini gagal memaparkan imej di blog saya, jadi saya menggantikannya dengan plugin WordPress yang lain.

Typography

Typography bagi sebuah tema WordPress biasanya sukar dilihat pada demo, dan hanya boleh dirasai apabila anda mencuba tema tersebut dengan blog yang sebenar. Boleh saya katakan, saya sangat berpuas hati dengan typography Bright Sky yang sangat kemas. Ia menggunakan saiz font yang kecil, sesuai untuk memaparkan entri berkaitan informasi terutamanya blog teknologi.

Sidebar

Bright Sky menyediakan sidebar yang mempunyai satu lajur sahaja, dengan lebar 300 px. Sesuai untuk meletakkan kotak Facebook fan page ke blog anda, ataupun untuk iklan bersaiz rectangle. Namun ianya tidak sesuai untuk iklan bersaiz skycrapper.

Sidebar juga memuatkan kotak RSS Feed, namun ianya agak mengelirukan kerana dikumpulkan bersama kotak carian. Pembaca mungkin menganggap kotak carian tersebut sebagai ruang untuk memasukkan emel bagi langganan RSS.

Ciri-ciri tambahan

  • Kotak khas untuk status Twitter
  • Integrasi bagi plugin Lifestream, yang akan
  • Sokongan untuk nested comments.

Anda boleh dapatkan tema Bright Sky secara percuma dari KreativeThemes.

 

3 Comments


  1. sekarang guna theme apa?

    apa plugin untuk ubahsuai entri muka depan, cthnya entri pertama cerita penuh, entri seterusnya cerita ringkasan shj?

    • Sekarang ni kat Sembang Web, saya guna BigFeature, tema berbayar dari WordPress. Kalau nak ubahsuai entri muka depan tu bergantung pada theme, ada theme yang function dia memang display stail magazine kat muka depan. Tapi kalau pandai main-main dengak kod WordPress, boleh je ubah sendiri (tapi lagi senang kalau guna theme yang memang dah diubahsuai la)

  2. lawa gak la..nice job..keep it going and keep it free..keke

Trackbacks

  1. Tweets that mention Reviu Tema Wordpress – Bright Sky | Sembang Web -- Topsy.com

Leave a Reply