Jika anda masih belum mengemaskini WordPress anda ke versi yang terbaru, anda ketinggalan banyak fungsi-fungsi yang sangat memudahkan pengurusan blog.
Salah satunya adalah pemasangan plugin melalui bahagian admin. Anda tidak perlu lagi download plugin, extract fail zip, dan upload ia melalui FTP secara manual.
Cara-caranya mudah sahaja:
1. Anda cuma perlu pergi ke bahagian admin, dan klik pada Plugins > Add New.

2. Taipkan plugin yang anda ingin install ke dalam kotak carian dan klik Search Plugins.

3. Apabila anda jumpa plugin yang dicari, klik pada Install.

4. Maklumat mengenai plugin yang anda pilih akan dipaparkan. Klik Install untuk memulakan pemasangan.

5. Setelah pemasangan selesai, klik Activate Plugin untuk mengaktifkan plugin.


ozh tu utk apa? boleh bagi screenshot hasil dari plugin tu?
Saya guna plugin Ozh Admin Drop Down Menu, dia modify menu kat bahagian admin tu je. Entri lepas ni saya akan tulis pasal plugin ni :)
dah cuba..memang memudahkan! :)
yup.. memang cara nie aku guna sejak diperkenalkan.. senang sangat.. klik jer dah siap.. =P
dulu aku guna drop down menu, tapi sejak wp dah tukar paparan dashboard, aku terus minat yang baru nie.. aku rasa lagi mesra pengguna..
Ozh admin drop down menu plugin ni memang banyak membantu melancarkan dan memudahkan lagi kerja-kerja admin. Jimat masa and saving real estate admin WP. Lega mata memandang.
kadang2 aku takkleh update aku nyer plugin…error in line byk…terpaksalah guna ftp jugak…ades
Aku jarang dah dapat error semenjak update 2.9 ni, dulu ada la.
Ah ini dia informasi yang saya cari