Macam mana nak bagi blog anda muncul di carian Google

July 24, 2010  |  Menulis

Jadi anda sudah ada sebuah blog yang cantik, dan anda isikannya dengan entri-entri yang padat dengan maklumat. Namun, bagaimana anda mahu tarik perhatian pengunjung ke blog anda? Selain daripada memberitahu kawan dan saudara, bagaimana caranya untuk orang ramai mengetahui akan kewujudan blog anda?

Di sinilah enjin carian memainkan peranan yang penting. Sebilangan besar pengguna Internet mencari maklumat menggunakan enjin carian, terutamanya Google. Jika blog anda tersenarai dalam hasil carian mereka, senanglah untuk anda mendapatkan trafik dan pengunjung.

Teknik untuk meningkatkan kedudukan anda di enjin carian ini dikenali sebagai SEO, iaitu Search Engine Optimization.

Terdapat pelbagai artikel di Internet yang akan menerangkan anda bermacam-macam perkara tentang SEO, namun pada asasnya anda hanya perlu amalkan beberapa perkara sahaja:

1. Gunakan perkataan yang orang akan cari

Apabila anda menulis entri, ambil perhatian terhadap kata kunci (keywords) yang anda gunakan. Jika anda menulis tentang cara-cara install Windows XP, kata kunci anda adalah “install Windows XP”.

Kemudian bayangkan, jika anda ingin membuat carian di Google, apakah yang anda akan taip? Anda mungkin akan memasukkan “install Windows XP”, “cara-cara nak format komputer”, atau “bagaimana nak format laptop”. Perkataan-perkataan seperti inilah yang anda harus selitkan di dalam entri anda supaya ia mudah disenaraikan di Google.

2. Gunakan tajuk yang mudah difahami

Apabila entri anda muncul di carian Google, tajuk bagi entri tersebut akan dipaparkan terlebih dahulu. Sebab itulah penting bagi anda untuk menyertakan tajuk yang mudah difahami, agar pengunjung yakin bahawa itulah maklumat yang dicari.

3. Gunakan URL yang ringkas

Walaupun pengunjung tidak memberikan perhatian pada URL, namun ianya sangat penting buat Google. Pastikan URL anda pendek dan diisi dengan kata kunci utama. Buangkan perkataan yang kurang bermakna seperti “cara-cara”, “di”, “yang” dan sebagainya.

Kesimpulannya, beri perhatian terhadap kata kunci!

Sebenarnya ketiga-tiga tips di atas mempunyai teknik SEO yang sama, iaitu kata kunci! Selitkan kata kunci anda di dalam entri, kemudian ringkaskannya pada tajuk entri, dan ringkaskannya lagi pada URL.

Namun ingat, perkara yang paling penting adalah kandungan entri haruslah berkualiti, barulah teknik SEO akan membantu. Amalkan ketiga-tiga tips di atas setiap kali anda menulis entri supaya kedudukan blog anda di Google akan meningkat.

Bagaimana pula dengan tips SEO kegemaran anda? Ada apa-apa tambahan untuk dikongsi bersama?

 

26 Comments


  1. TQ.. memang banyak membantu..

  2. yg url tu..tak pernah buat lagi

  3. thanks sbb kongsi yg url tu.. possible.. tak terfikir plak..

  4. simple & working tips!
    ;)

  5. skrg keyword2 drama di tv3 yg menjadi hot kot kt google..hehe

  6. Great info! Thanks for sharing :)

  7. cara yang bagus ni.blog aku masih baru.thanks.

  8. thanks.. bley cuba neyh..

  9. Salam,

    tq atas info ini.

  10. teknik seo yang selalu diamalkan oleh aku, thanks for sharing bro. :)

  11. Salam, tips yg bagus. kena try lepas ni.

  12. berminat pasal SEO, tapi macam tak cukup masa je nak concentrate seo..

    • Sebagai permulaan, tak perlu selidik dalam sangat pasal SEO. Cukuplah sekadar gunakan perkataan yang orang nak cari, macam yang diterangkan dalam entri.

      Tapi yang paling penting tetap kandungan entri tu dulu, baru la SEO =)

  13. Terima kasih.selama tak tahu pon…..

  14. salam salam
    terima kasih dgn tip dan info ini
    alhamdullilah… sudah faham

  15. salam…
    mcm mn nk thu nma website blog kita…
    sb bila nk search balik blog kita 2 xjumpa…

  16. salam bro.
    npe org laen xdpt nk masuk blog aku???
    xdpt carik ag..
    (“the blog you were looking for does not exist”)
    ape msalah ea…?

  17. Cam best gak..mesti cuba nii..

  18. thnks atas maklumat yg di berikan…sharing is caring

  19. salam…Terima kasih kpd tuan punya blog ini kerana byk membantu saya. Saya sudah buat blog menggunakan blogspot cuma saya nak tau macam mana nak bagi blog kita boleh dicari menggunakan enjin carian seperti yahoo atau google.sy taip url blog sy kat search engine tp xde… ley trangkan x..
    elaieschino@gmail.com

    Reply

Trackbacks

  1. Bagaimana Nak Bagi Blog Anda Muncul Di Carian Google | Sembang Komputer

Leave a Reply