Berapa panjangkah perlu saya menulis entri?

June 4, 2010  |  Menulis

Menulis entri blog bukanlah perkara yang boleh mengambil masa 5 ke 10 minit. Ada masanya saya menghabiskan berjam-jam hanya untuk beberapa perenggan. Adakah kerana ketiadaan idea? Tidak sama sekali. Malahan idea datang mencurah-curah, namun saya sentiasa menyunting entri sehingga menjadi seringkas dan sepadat boleh.

Kenapa perlu ringkas dan padat? Kerana pengguna Internet adalah orang yang tidak sabar, mereka mahukan maklumat dengan pantas untuk menyelesaikan masalah serta-merta. Jadi jangan bazirkan masa mereka dengan bunga-bunga ayat yang panjang berjela serta perkataan-perkataan yang tidak perlu. Hormati masa pembaca anda.

Namun begitu, anda juga tidak boleh terlalu kaku dalam berbahasa. Tulisan yang hanya mengandungi fakta tanpa emosi adalah membosankan. Jadi, suntikkan pengalaman peribadi serta pendapat anda. Hidupkan tulisan anda dengan perwatakan. Ini memudahkan pembaca untuk berhubung dengan tulisan anda, lebih-lebih lagi jika mereka mengalami situasi yang sama dengan apa yang anda ceritakan.

Jadi setelah anda menulis entri anda yang panjang lebar, ikut formula Krug – “Buang separuh daripada tulisan anda, kemudian buang separuh daripada apa yang tinggal”. Sentiasalah cuba untuk memendekkan entri anda tanpa membuang maklumat yang ingin anda sampaikan. Jadikan entri anda berisi dan berperasaan, namun tidak meleret.

Pesan Rasulullah juga, besederhanalah dalam segala hal. Begitu juga dalam menulis :)


5 Comments


  1. aku selalu meleret-leret sebab nak wujudkan emosi itulah.. =P
    terkadang tangan nie tak boleh berhenti manaip, mencurah-curah hingga tak sedar rupanya dah sangat panjang..

    tapi aku suka dengan formula Krug yang baru aku tau tu..

  2. simple but meaning most pentng

  3. Keliatannya saya masih harus banyak belajar …

  4. @menteil: Blog peribadi mungkin lain sikit kot, sebab pembaca tak kisah nak luangkan masa baca entri panjang-panjang. Tapi sebab yang sama jugak la pembaca baru yang ‘sibuk’ takkan singgah lama, atau mungkin tak datang-datang dah :P

    @man: Betul tu, tulisan kena ada makna :)

    @ernjer: Ya. Sama seperti kita semua :)

  5. ermmm…saya pulak main hentam ja bila menulis..blog lebih kepada peribadi jugak..bila menulis tu rasa macam dok bercerita ja sorang2 dalam hati ni..maklumla xkeja ,dok umah ja..xdpt bcakap ngn orang cakapla sorang2 melalui blog tu…

Leave a Reply