Facebook baru sahaja memperkenalkan fungsi Social Plugins yang membolehkan anda mempromosikan blog anda melalui laman sosial paling popular di Internet ini. Apabila pembaca klik pada butang ‘Like’ pada satu artikel, rakan-rakan mereka dapat melihat status tersebut di Facebook sekaligus menyebarkan skop pembaca anda.
Bukan itu sahaja, malah pembaca dapat melihat muka rakan-rakan mereka yang menyukai artikel pada laman web anda. Ini akan meyakinkan mereka akan kualiti artikel tersebut dan meningkatkan reputasi blog anda.
Dengan plugin Facebook Social Plugins, pemasangan fungsi Facebook ini menjadi sangat mudah.
Setelah anda pasang plugin ini, butang ‘Like’ akan ditambah pada setiap entri. Pembaca boleh melihat rakan mereka yang telah ‘Like’ artikel tersebut, sekaligus meningkatkan reputasi artikel berkenaan.
Anda juga boleh menambah kotak ‘FB Like Box’ pada sidebar sekiranya anda mempunyai Facebook Page (yang anda perlu ada, sepatutnya). Seperti biasa, untuk menambah widgets ke sidebar anda perlu pergi ke bahagian admin WordPress dan klik pada menu Appearance > Widgets.
(via JomPHP)


Salam muhibbah
ok. menarik bro.
salam bro, mcm mana nak masukkan ‘Like’ di bahagian post dalam wordpress?
@haiyputra: Kalau guna Social Plugins yang saya dah tulis dalam entri ni, dia akan masukkan ‘Like’ kat bahagian post sekali.
slm..sy nk tumpang ty boleh? sy nk setup biznes,so kwn2 sarankan suruh buat blog..so sy pon dh wat blog kat wordpress..mslh skrg domain n hosting..sy dah wt domain kt webhost tp amik yg free dulu coz still beginner tp sy xtau nk setup domain sy msuk dlm wordpress sy..leh sape2 tlg ajr x? dh puas ty org lain tp xde yg jwb..