Web analytics merupakan alat yang penting bagi mana-mana pemilik blog. Ia berfungsi untuk melaporkan trafik yang datang ke blog anda, dan anda boleh menggunakan maklumat tersebut untuk meningkatkan kualiti blog.
Sebagai contoh, jika anda mendapati artikel berkenaan dengan Windows 7 adalah popular berbanding artikel-artikel lain, anda boleh memperbanyakkan lagi artikel-artikel dari kategori yang sama supaya jumlah lawatan ke blog bertambah.
Google Analytics adalah servis analytics yang paling popular digunakan, dan ianya percuma. Dalam entri ini, saya akan menerangkan cara-cara untuk memasang Google Analytics pada blog anda.Langkah-langkah pemasangan Google Analytics terbahagi kepada dua bahagian:
- Membuat akaun Google Analytics
- Bagi pengguna WordPress, lihat bahagian Memasang Google Analytics pada WordPress
- Bagi pengguna Blogspot, lihat bahagian Memasang Google Analytics pada Blogspot
Memasang Google Analytics pada WordPress
1. Pergi ke laman web Google Analytics dan klik pada pautan ‘Sign Up Now’

2. Gunakan akaun Gmail anda untuk sign in. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang akaun Google, buat satu terlebih dahulu.

3. Klik pada butang Sign Up.

4. Masukkan alamat laman web, dan nama akaun yang akan anda gunakan dalam Google Analytics. Tekan Continue.

5. Masukkan nama anda sebagai pemegang akaun. Tekan Continue.

6. Tandakan pada “Yes, I agree to the above terms and conditions’. Tekan Create New Account.

7. Copy kod Javascript yang diberikan. Kod ini akan diletakkan pada blog anda nanti.

Memasang Google Analytics pada WordPress
1. Log in ke dalam dashboard WordPress blog anda, dan pergi ke bahagian Appearances > Editor.

2. Buka fail footer.php, dan paste kod tadi sebelum kod </body>. Tekan ‘Update File’

Memasang Google Analytics pada Blogspot
1. Log in ke dalam Blogger dan pergi ke bahagian Layout.

2. Pergi ke bahagian Edit HTML.

3. Paste kod tadi sebelum kod </body>. Tekan ‘Save Template’

Lihat laporan Google Analytics
Biasanya Google Analytics akan mengambil masa sehingga 24 jam sebelum anda dapat melihat apa-apa statistik. Jadi selepas 24 jam, anda sudah boleh memeriksa statistik anda di bahagian Overview, dan klik pada ‘View report’.

Berikut adalah contoh laporan Google Analytics bagi Sembang Komputer:


wah tak tau plak pasal ni
sharing is caring :)
tapi mesti beri kesan skit untuk load blog
mk boleh post bagaimana nak setup wordpress guna direct admin?
baru je sewa domain dan hostibg dr fivio.
thanks
Ya, ia beri kesan sikit pada loading blog sebab ia menggunakan Javascript.
Em, saya takde pulak domain/hosting yang menggunakan direct admin kalau nak buat tutorial. Kalau ada nanti saya akan buatkan, InsyaAllah :)
bro wan.. just pergi ke DA (direct Admin), cari perkataan “installatron”.. kalau nak senang, tnye je customer support (support@fivio.com)..
ym saya kalau nak install: namir_muslim
p/s: sye pun pakai fivio jugak.. best!
Salam semua,
Satu tool yang sangat berguna untuk menganalisis blog bagi meningkatkan trafik ke blog dan menjadikan blog lebih berkualiti.
boleh guna software ini, http://bit.ly/11221O untuk dapatkan laporan Google Analytics dari desktop. :)
Oh, sebelum ni tahu yang Air application tu je, tak tahu pulak pasal Polaris ni.
Thanks for sharing Keiroro ^_^
hai khairul~!!!
congrats atas pelancaran sembang web. =) keep it up!!
oh, you do know that i’ve moved to another url right?
Kak Nani~~~~~~~~~ ^_^
Thanks for the support, you made me all fired up!
And oh, yes, just knew about it. I’ll give you a visit ^_^
bagus arrr sebab memang sukar nak cari tutorial tentang
wordpres mcmni.
Yang ada banyak ilmu blogspot banyak. Kery support blog ini.:D
Oh banyak ilmu pasal blogspot ke kat luar sana, ingatkan pasal WordPress yang banyak.
Ok la tu, yang mana saya boleh kongsi, saya akan kongsi.
Terima kasih atas support Kery ^_^
hooo hit 1K++ hebat ko.. aku gak n00b :D
aku guna gak google analytic
untuk tiga blog aku
blog wordpress
blog blogspot
blog tumblr
dan tiba2 aku tengok hari ni wordpress aku mencatatkan hit 8 sahaja T_T pehal?
tapi kalau tengok dalam statpress lain lak jawapannya :D
Agaknya, ada masalah dengan domain/hosting kot? Aku pun jadik macam tu gak dua hari lepas, tiba-tiba hit jatuh. Lepas tu bila aku cuba klik mana-mana entri/page, semua error, main page je yang dapat. Ko guna hosting apa?
owh baru aku ingat. aku tukar theme :D dia punya skrip semua tertanggal. termasuklah adv hahaha patut la jatuh menjunam
hosting aku by member. tak tahu dia yang setkan :D
Salam..congrats utk SembangWeb launching..
Waalaikumsalam, dan terima kasih ^_^
Tahniah dan terima kasih. Ilmu yang anda curahkan sangat berguna. Saya sentiasa mengikuti sembangkomputer.
Di harapkan artikel akan datang anda akan memberi tips tentang bagaimana nak letak SEO pack kat wordpress tu.
ONce again. Congrat on the launching of sembangweb.
Oh SEO Pack ye, ok akan saya letak pada entri sterusnya. Terima kasih kerana menyokong Sembang Komputer dan Sembang Web :)
off topik – kenapa tak panggil kak jie potong reben? hehehe
padang google analytics dlm semua blog yg ada…ni tutotial org rajin ni…bagus
Haa ni dok tunggu Kak Jie mai singgah la ni, datang pun. Hehe.
Salam MK
Tahniah untuk SembangWeb
All the best
Salam abangnara.
Terima kasih atas sokongan.
Semoga abangnara pun kekal maju ^_^
tutorial yang mantap…siap gambar tu. mudah difahami.
Terima kasih :)
terima kasih di atas panduan ni..saya baru je upkan blog, boleh le letak google analytics ni nanti :)
semoga semakin maju jaya blog2 saudara
Terima kasih atas sokongan :D
bro,tol ke ak dgr kalo pakai plugin lg laju dri manual nie bg wordpress?
Hm, aku pun tak pernah try lak pakai plugin macam mana. Nanti aku test apa beza dia.
Salam MK, thanks 4 da brilliant idea!
Salam, dan terima kasih juga :D
nice entry.
kena cuba niy sbb newbie lagi dlm dunia blog niy.
Nice tutorial. Dah berjaya pasang plugin ni. TQ.
aku pun dah mula godek-godek tang Analytics nie. Nampak makin menarik sejak pergi ke Master Class tempoh hari. Hoho~
Haha, semangat eh lepas pegi GAMC hari tu. Baguih2.
Saya dah cuba..ternyata memuaskan hati…Dapat track pelawat blog saya dengan mudah lagi terperinci..terima kasih bro….
hai..nice tutorial..nmpk menarik..
nak tanye boleh x ajar aku nak guna wordpress?
aku teringin nak ada website sendiri..
boleh ajar x guna wordpress?