Biasanya penulis blog akan menyediakan halaman ‘Hubungi Saya’ bagi membolehkan pembaca menghantar emel kepada mereka. Namun jika anda ingin dihubungi secara lebih personal dan interaktif, anda boleh meletakkan lencana bagi Instant Messenger (IM) anda. Apabila pembaca klik pada lencana ini, mereka boleh berbual dengan anda secara terus melalui IM.
IM kegemaran saya adalah Google Talk. Untuk meletakkan lencana Google Talk pada blog, login ke dalam akaun Google anda dan buka pautan ini. Salin kod yang telah diberikan dan letak pada blog.
Jika anda pengguna Blogspot, anda boleh letakkan kod ini sebagai Gadget, dan pilih HTML/Javascript. Bagi pengguna WordPress pula, letakkan kod tersebut sebagai widget.
Cara ini lebih selamat kerana anda tidak perlu meletakkan ID bagi Google Talk anda secara terus, lantas mengelakkan spam. Malah para pembaca akan berasa lebih dekat dengan penulis blog kerana dapat berbual anda secara terus :)
