Macam mana nak bagi blog anda muncul di carian Google

July 24, 2010  |  Menulis  |  9 Comments  | 

Jadi anda sudah ada sebuah blog yang cantik, dan anda isikannya dengan entri-entri yang padat dengan maklumat. Namun, bagaimana anda mahu tarik perhatian pengunjung ke blog anda? Selain daripada memberitahu kawan dan saudara, bagaimana caranya untuk orang ramai mengetahui akan kewujudan blog anda?

Di sinilah enjin carian memainkan peranan yang penting. Sebilangan besar pengguna Internet mencari maklumat menggunakan enjin carian, terutamanya Google. Jika blog anda tersenarai dalam hasil carian mereka, senanglah untuk anda mendapatkan trafik dan pengunjung.

Teknik untuk meningkatkan kedudukan anda di enjin carian ini dikenali sebagai SEO, iaitu Search Engine Optimization.

Terdapat pelbagai artikel di Internet yang akan menerangkan anda bermacam-macam perkara tentang SEO, namun pada asasnya anda hanya perlu amalkan beberapa perkara sahaja:

1. Gunakan perkataan yang orang akan cari

Apabila anda menulis entri, ambil perhatian terhadap kata kunci (keywords) yang anda gunakan. Jika anda menulis tentang cara-cara install Windows XP, kata kunci anda adalah “install Windows XP”.

Kemudian bayangkan, jika anda ingin membuat carian di Google, apakah yang anda akan taip? Anda mungkin akan memasukkan “install Windows XP”, “cara-cara nak format komputer”, atau “bagaimana nak format laptop”. Perkataan-perkataan seperti inilah yang anda harus selitkan di dalam entri anda supaya ia mudah disenaraikan di Google.

2. Gunakan tajuk yang mudah difahami

Apabila entri anda muncul di carian Google, tajuk bagi entri tersebut akan dipaparkan terlebih dahulu. Sebab itulah penting bagi anda untuk menyertakan tajuk yang mudah difahami, agar pengunjung yakin bahawa itulah maklumat yang dicari.

3. Gunakan URL yang ringkas

Walaupun pengunjung tidak memberikan perhatian pada URL, namun ianya sangat penting buat Google. Pastikan URL anda pendek dan diisi dengan kata kunci utama. Buangkan perkataan yang kurang bermakna seperti “cara-cara”, “di”, “yang” dan sebagainya.

Kesimpulannya, beri perhatian terhadap kata kunci!

Sebenarnya ketiga-tiga tips di atas mempunyai teknik SEO yang sama, iaitu kata kunci! Selitkan kata kunci anda di dalam entri, kemudian ringkaskannya pada tajuk entri, dan ringkaskannya lagi pada URL.

Namun ingat, perkara yang paling penting adalah kandungan entri haruslah berkualiti, barulah teknik SEO akan membantu. Amalkan ketiga-tiga tips di atas setiap kali anda menulis entri supaya kedudukan blog anda di Google akan meningkat.

Bagaimana pula dengan tips SEO kegemaran anda? Ada apa-apa tambahan untuk dikongsi bersama?

Berapa panjangkah perlu saya menulis entri?

06/04/2010 • Menulis entri blog bukanlah perkara yang boleh mengambil masa 5 ke 10 minit. Ada masanya saya menghabiskan berjam-jam hanya untuk...Baca Selanjutnya

Promosikan blog anda melalui Facebook

Promosikan blog anda melalui Facebook

05/20/2010 • Facebook baru sahaja memperkenalkan fungsi Social Plugins yang membolehkan anda mempromosikan blog anda melalui laman sosial paling popular di Internet...Baca Selanjutnya

Letak lencana Google Talk pada blog

05/20/2010 • Biasanya penulis blog akan menyediakan halaman 'Hubungi Saya' bagi membolehkan pembaca menghantar emel kepada mereka. Namun jika anda ingin dihubungi...Baca Selanjutnya

Dapatkan notifikasi tentang komen blog pada Google Chrome

Dapatkan notifikasi tentang komen blog pada Google Chrome

05/20/2010 • Wordpress Checker adalah plugin untuk Google Chrome yang memberitahu anda sekiranya terdapat komen baru di blog. Sekiranya anda mempunyai lebih dari...Baca Selanjutnya

Reviu tema Wordpress - Bright Sky

Reviu tema WordPress – Bright Sky

05/02/2010 • Tema bagi blog sudah tentunya merupakan satu perkara penting untuk menarik para pengunjung ke blog anda. Bukan sahaja ia perlu...Baca Selanjutnya

Jimatkan ruang dan masa dengan Ozh' Admin Drop Down Menu

Jimatkan ruang dan masa dengan Ozh’ Admin Drop Down Menu

03/12/2010 • Biasanya anda memasang plugin Wordpress bertujuan untuk memudahkan pembaca. Namun plugin Wordpress pada kali ini adalah khas untuk dashboard admin...Baca Selanjutnya

Pasang plugin dengan mudah dari bahagian admin Wordpress

Pasang plugin dengan mudah dari bahagian admin WordPress

03/08/2010 • Jika anda masih belum mengemaskini Wordpress anda ke versi yang terbaru, anda ketinggalan banyak fungsi-fungsi yang sangat memudahkan pengurusan blog. Salah...Baca Selanjutnya

Bagaimana nak pasang Google Analytics pada blog

Bagaimana nak pasang Google Analytics pada blog

03/05/2010 • Web analytics merupakan alat yang penting bagi mana-mana pemilik blog. Ia berfungsi untuk melaporkan trafik yang datang ke blog anda,...Baca Selanjutnya